Tuesday, January 10, 2017

#PregnancyJourneyUpdate - Pilihan rawatan, what to do next?



SALAM


Lama giler ek nak update step seterusnya hehe. Entry ni aku combine jela sekali harung ahahhaha... nak cepat ek. Lapangkan dada okay baca, aku cerita direct je takde tapis2 biar orang tahu apa nak expect. So, setelah ambil ubat selama dua bulan alhamdulillah period aku okay. Prof pesan, suruh aku buat FSH test dalam 2nd cycle period pada hari ke empat period untuk check hormon. Test tu korang boleh p clinic biasa je, aku haritu pi Klinik Ajwa kat Shah Alam, dia ada test tu tapi berangkai... so layan jelaaa test semua, harga test RM 150.



Test tu buat dalam 18th Oct, and jumpa Prof next ialah 21st November 2016. So masa jumpa Prof tu, dia bagi dua benda kena buat, first pada period hari ke 1-10 kena makan satu ubat ni nama dia Trozet and hari ke 10 period dia suruh pergi ultrasound. Second ialah kena amik sample air mani.


 Ok, kalau dekat UKMSC ni dia akan bg 2 pilihan, samada korang nak air mani di keluarkan secara masturbasi dgn bantuan CD hahahha ingat nak upload gmbr CD tp kang kena kecam lakkk ataupun boleh bawak masuk isteri anda di dalam bilik tu.. lepas tu buat lah apa yang patut. Yang penting dia nak yang fresh. hehehe. And sebelum bg spesimen sila jangan bersama sekurang-kurangnya 2-3 hari... dia tanya nnt okayy..


Baca instruction di bawah :



 Bilik berkat.... semoga berkat usaha kita semua AMIN.








Bilik okay, ada toilet semua. Then lepas dah bg spesimen tu, boleh lah pulang....... Kos untuk check air mani RM 53.00 (RM 3.00 tu GST) 


-----------------------------------------------------------------


Selepas visit yang haritu, aku pun makan lah Diane 35 mcm biasa, tetbe bulan tu period aku lambat, aku dah cuak dah... rupanya sebab aku demam denggi yang masuk hospital tuuuuu.... elok je lepas keluar hospital period... then makan lah ubat tu... then hari ke 10 kena datang untuk Ultrasound...



Masa ultrasound tu dia akan tengok ada telur ke tak? Masa aku scan haritu adalah satu telur sederhana and satu telur besar. So doctor aim yang besar ni.. gituuuu... So lepas scan ni, kena jumpa doctor... dia akan explain mengikut cara apa yang korang nak.



Contohnya aku decide nak normal, kita panggil SI...  Dia ada step dia, memula SI, lepas tu IUI, lepas tu IVF... dan berjela lagi... Tapi sbb aku buat SI, so aku tahu yg ni jela dulu... lepas ni kalau aku buat IUI... aku explain okay? SI ni doctor akan kirakan hari apa yang kita kena bersama, hari apa kena cucuk ubat untuk force telur keluar. Ubat tu dia akan suruh beli dekat farmasi UKMSC..Ada dua jenis ubat, ubat utk force telur keluar dengan ubat kaler coklat, . and ubat tu kena sentiasa sejuk... So, korang kena sewa bag sejuk beku (ni ke nama dia?) RM 50 untuk store ubat tu, beli ais kat cafe okay...


 Nama ubat beserta harga. Payah nau nak sebut nama ubat hahhaha


Untuk process aku, cucuk 25th Dec pagi... doctor suruh bersama 26th malam... sebab sperm akan tahan at least 2 hari kan... Cucuk tu kalau ko berani ko buat lah sendiri, aku tak. hahhaha aku p clinic swuh doctor cucuk kan. agagaggagaga...



Lepas dah cucuk tu, bersama then.... 4hb January aku kena check darah, check darah ni untuk tengok berjaya pergnant ke tak... Dia punya time frame tu korang kira sendiri eh hhehehhe malas ekk... Nak di jadikan cerita, first time test tu result border line, so kena lagi sekali, 6hb Jan 2017 aku p lagi.... 



So Isnin 9hb Jan 2017, dapat result.... cubaan gagal kekekkeke. Takpe, cuba lagi. Aku rasa benda ni ko takleh cepat putus asa. Kena keep on trying. So, itulah.... clearkan steps dia aku explain.. kekeke... jangan cakap I melucah okkkk... 



Next jumpa doctor 16th Jan 2017, macam nak buat IUI... belum bincang bebetul dengan Wan... kita tengoklah cemana ekkk... Stay strong korang... Jom peluk ramai ramai kbaii :')



#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...