Friday, October 9, 2015

Cara melukis kening



SALAM!!



Setelah sekian lama, akhirnya ada gak sikit masa nak blogging. Tajuk kemain mcm beauty guru. Konon... padahal... haram.. hrtu aku ada lah p kelas make up and skin care by Mary Kay. Dia ada lah ajar cara2 make up... perghh payah ekk.. Akak tu letak foundation swuh aku blend bukan main banyak, muka aku kulit cam ala ala kuning langsat (yeke?) sekali make up dah macam kelabu taik anjing. Euwww.. cuma tak busuk la ok..


Kelabu kan muka aku? hahahha baiklah takyah make up tebal...



#pitam ni bapok ke???


Aku ni kalau nak bagi rating tahu make up tu, boleh lah bagi 2 dr 10 bintang. hahaha teruk nau. Sebab aku cuma pandai pakai bedak, eyeliner dgn blusher je. Tu je make up aku selama bertahun2 ni, nasib ada gak lelaki yg syok and sudi kawen. Tiba tiba sangat.. 



Baru2 ni aku tengok ramai yg pandai lukis kening. Serious lah, kalau kening kau cantik, muka kau akan sedikit berubah. berubah in a good way of kos. Tapi depends lah kalau kau pandai lukis ke tak. Aku dengan semangat nya bertanya kawan adik aku cane nak buat since derang pandai. Thanks fairuz! Aku siap paksa Wan teman aku pi buat threading. Aku cakap kalau tak buat nnt aku sedih HAHAHHAHA. Wan.... biasa lah, dia nampak aku tak senyum je hati dia dah susah. So pergi lah area Ampang Point. 



Next week nya, aku belajar dr kawan adik aku plak, cane nak fill in kening. Thanks Pika! Gigih gila, ajak Wan gak, pergi SASA nak beli. Kesian Wan mangsa keadaan. So now aku dah pandai sikit. hehehe. Siapa yang sengal2 ubi cam aku jom ikut style aku je.. Kalau tak nak threading pun takpe just kita lukis nampak kemas.


Steps yang aku buat. Kalau korang jumpa steps lain boleh je follow. Aku ikut kesenangan aku and aku make up mmg tak sampai 10minit. 5 minit je kot.


Step 1

Ukur permulaan kening dgn cara line mata. Kening aku mmg terlebih sbb aku malas nk buang. So biarkan jela dia.





Step 2

Tentukan di mana highest point of your eyebrows. Ini adalah senang untuk bentukkan dia nanti. Caranya ukur guna hidung plak dan anak mata. Aku sebab dah treading and highest point tu mmg visible so tak susah nak nampak. Ada org kening yang nipis or halus blh guna teknik ni. Jangan buat tinggi sangat nanti nampak mcm makcik garang dlm cete 101 Dalmatians. Tp kalau nak pe salahnya... bukan kening aku punnnnn





Step 3

Lukis garisan kening dr awal. Lukis nipis je.. Ni mcm just line kan supaya bila fill in the brows tu tak lah menyimpang and comot.





Ni da lukis atas bawah... kening aku mmg tebal pun. Wan dah warning jangan nak nipis sangat dia tak suka. Baiklaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (ikhlas ke tak ni??)


Step 4

Isikan kening dgn mengunakan apa yang anda suka. Ada org guna eyeshadow, ada yang guna brow pencil tu jugak. Tapi aku guna Heavy Rotation. Dia da 3 shades. Cerah, sedang2, gelap. So yg awal pakai cerah lepas smp hujung gelap, kene pandai2 lah letak supaya tak nampak begitu Shin Chan.




Cerah, sedang-sedang dan gelap


 Ni da letak warna.


ha nampak kan beza.. kening sebelah tu sendu je... bahahhahaha


  
 Ni dah lukis and letak warna dua dua belah. Kening aku memang tebal so bior jela dia. Saje gambor ni senget. nampak kurus tak?? BAHHAHAHHA


ha ni tak senget... sooo senang kan?


Step 5

Anda boleh keluar rumah sekarang. HAHAHA!




Kalau tak biasa boleh practice dulu... aku pun banyak kali gak buat baru ok. kalau tak hari2 i jadi Shin Chan. huahuahuahua. Kalau nak shape dia lagi cantik, guna foundation oleskan bebetul bawah kening tu ikut line dia.. memang meletopp! Sila ucap terima kasih sekarang, gigih sangat sebelum tidur lukis kening. kata cantik2 untuk suami. Kbai.

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...