Tuesday, September 23, 2014

IBM Raya Celebration Featuring Paisley Grandeur



SALAM!!



Kemain aku, raya dah berzaman habis, dah nak raya haji pun tapi entry baru nak update. Takpe asalkan nampak usaha tu HAHAHHA.


Sebelum raya hari tu, ada sorang staff ni approach aku, dia offer nak tak jual barang paisley masa raya celebration. Being me, of kos lah I nak.. yelah sebab kitaorang team paisley ni dah biasa dah jual2 mcmni. Makanya, bertungkus-lumuslah aku menyiapkan barang-barang nak berniaga sebab aku sorang je kan.. selalu kitaorg bertiga atau berdua. Tapi ok je..


Seronok dapat kenalkan bisnes dekat office. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. 



 Supporter tegar HAHA



 Ramai orang kata mcm Datin BAHHAHA. Carrot sangat okk



 Bak kata Nana macam orang berniaga pasar malam... layankan..



 Eksyens... oh yg tak bertudung tu adalah penampakkan.. HAHA.



Support orang kedai depan hehe


Malam sebelum Jamuan Raya tu, beriya aku dengan Wan tengok youtube sebab aku nak pakai tudung style turban HAHAHHAHA. Yang lawaknya Wan pun beriya gila membantu. Thank you sayang :)

 

Apapun... jangan lupa Sabtu and Ahad (27 & 28 Sept) ni datang dekat e@curve. Nanti exact tpt akan di update di Instagram. Banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaa tudung, kimono cardigan dengan skirt.



Okbai.

Thursday, September 18, 2014

My Journey With Nutox



SALAM!!!


Tengok tajuk tu poyo tak? Memula aku nak letak hastag, sekali tgk balik cam poyo sangat lak.. Maka aku delete. Kalau siapa follow fb or Insta aku, aku selalu ckp Nutox ni bagus sebab aku pakai dah nak hampir setahun gak. And hasil mmg bagus. Tengok gambar di bawah. Ecehhh




Aku mmg tak pakai foundation



 
  No filter. Cuma guna reflection je ni.



Ada satu hari tu Nutox call aku cakap nak suruh aku try produk derang secara konsisten. Means lps produk tu habis dia akan bg yg lain lak..Aku pun ok je since aku memang pakai nutox. Uolsss barang free okayy haruslah kita terima dengan hati terbuka. Rejeki jangan ditolak. Hoho



So the first product is serum concentrate. Baru sampai last 2 weeks masa aku kat Penang lakk cepat ekk hanto. Nasib ada fiqa kat opis dia tolong amikkan parcel.  Thanks Fiqa I lap u. Yang best nya Nutox akan monitor aku. Kira bukan saje2 ahh kena amik result in two weeks. Maka nya aku takleh culas! Wahh penggunaan perkataan kau sekaranggggg










Turutan pemakaian produk Nutox


Untuk Setiap Step Produk Yang aku Pakai


CLEANSE
Pre-Cleanser
Cleansing Gel

TONE
Astringen Toner
Moisturizing Lotion

SERUM
Currently pakai yang Nutox bg (yg ni aku tak pakai sblm ni)

MOISTURIZE
Moisture Emulsion
Night Repair

PROTECT
Solar Block

TREAT
Tak pakai pape dlm range ni. Nnt ah mintak kat Nutox WAKAKKA



First Day guna Nutox Serum. Ni baru bangun tido dan mandi. Makanya mata merah (T.T)



Selepas seminggu... Nampak tak lebih anjal.. Nampak ke takkkkkkk. Marah ekk. Gambar before and after memang Nutox nak without make up. So itulah wajah without make up. Yang ats ni dah sarapan so segar sikit ghopernya nak compare dgn gambar hat tudung oren tu.



Barang barang make up yang sekangkang kera. Lipstick tu kemain banyak tp pakai nya idok.. Dah alergik nak pakai apa khennnn. Tu antara brg Nutox yg aku pki..Semua botol besar2 uolsss jimat... Tahan berbulan.. Tapi tatau lah kalau muka korang lebor nak kena pakai banyak.. hihi gurau jerrr jgn emo pls



Kesimpulan nya, aku suggest korang pakai Nutox ni sebab kolagen mmg bagus. Plus its from animal. Peringatan aku share gambar bukan nak menunjuk kulit elok ke apa tapi aku nak share keberkesanan produk ni. Jangan salah faham eh? Sbb ada org kata saya menunjuk (T.T) Sobs... nak nangis.....



Bawah ni ada entry2 lepas pasal Nutox.


Nantikan hasil nya selepas dua minggu kbai.

Wednesday, September 17, 2014

Baju Pengantin



SALAM!!!



Ada haritu orang tanya, di mana aku sewa baju pengantin masa kawen dulu. hakhak.. Sebenarnya... eh mcm dah cakap je dlm entry sebelum ni yang baju kawen aku semua buat sendiri... bukan lah aku jahit sendiri... kiranya aku tak sewa pun.. BAJU ITU MILIK SAYA! The main reason aku buat baju sendiri ialah sebab bentuk badan aku. Ketahui lah bahawa badan saya bersaiz M. Tapi pungkoq XL. Cemana tu??? SADIS SUNGGUH.



Kain baju2 tu mama beli dekat Indonesia. Gigih kan mak jemah pergi sana sebab nak beli kain. HAHAHA. Sebab mama beli untuk satu family sekali.. Tapi sebenarnya memang sangat murah dekat Indo. Sebab baju nikah aku beli dekat Jakel perghhhh melompat... Tapi sebab baju nikah tu beli awal kan.. so tak terasa sangat... padahal.. hatiku menangis kepiluan (T.T)


Baju Nikah. Simple lace ni warna Mama and Wan pilih. 
Aku? SUKAHATI KORANG lah...




Sanding belah Wan. Baju ni memang beads dia berat nak mamps. 
Tapi dia jatuh cantiklah. HEHE.




Sanding belah aku. Baju ni full lace. Memang berat dan rimas. Apakan daya.....



Harga kain sah2 lah aku tatau sebab Mama yang beli. Warna pun aku cakap ikut suka Mama lah nak warna apa. HAHHAA. Senang kan pengantin cam aku. Tak banyak songeh. 



Untuk upah baju aku pilih Scha Wedding. Harga memang berpatutan. 3 baju tu around 2k. Siap veil semua. Oklah kan.. and jahitan memang kemas and selesa. Memang aku recommend lah amik dia ni. And dia akan cakaplah apa yang sesuai untuk kau. Contoh mcm aku kan pungkoq besar so dia cakap lah apa yang sesuai dengan apa yang tak. So total busuk2 3 baju tu including upah dan harga kain ialah below 5k.



Hantaran pun aku amik dengan dia. Yang tu pun YA ALLAH suka gila!!!! Sebab simple and cantik plus semua fresh flower. Pelamin dgn hantaran semua fresh flower Scha guna :)



Ni gambar curik kat FB Page dia HAHAHHA






Link kat bawah kalau takleh bukak link atas ni.



https://www.facebook.com/schawedding



Okbai.


#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...