Thursday, May 15, 2014

Clingy Wife #1



SALAM!!!



Last week hari apa tah, Wan tunjuk aku satu email, dia kena pergi kursus dekat Raub, Pahang. Aku tgk je email tu, sebak..... (Who is this Afifah?? Suruh suami saya pergi Kursus?? HAHAHHA)



Masa aku bercinta dengan Wan, kitaorg memang jarang jumpa. Jumpa pun sbb hal persiapan kawen. Dr mula kenal sampai lah kawin, baru tengok wayang 10 kali.. eh ke 9.. So bila dh kawin ni rasa macam taknak jauh dah (Ya, silakan muntah ataupun maki kata aku mengada)



Aku memang clingy dengan orang yang aku sayang. Selalu dengan Mama, my bff Ecah.. and now... yes, Wan! Anda mangsa seterusnya. HAHA. Wan pun kata aku memang clingy.. Bila dah dekat 15mins takde dlm pandangan aku, aku akan cari dia.



Kat Rumah lps dinner. Aku dalam bilik, nak cari baju nak kerja esoknya.


Aku : B...... u kat mana?
Wan : I depan TV ni sayang...
Aku : hehhehehehe.....


Bukak pintu bilik aku terus tempat tengok TV. MUAHHAHAHA.



Malam sebelum dia pegi Raub, aku menangis beria. Sedih oooo... Fikir macam2... Siapa nak kacau aku, siapa nak tidur dengan aku... Siapa nak amik aku balik kerja (pemalas drive).. mcm mcm lagi... Pastu Wan kata.....


"I pergi kursus je D... bukan berperang, malam nanti amik baju I buat tidur"


HAHAHAHHAHAHAHA. Kbai!

1 comment:

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...