Tuesday, April 22, 2014

Oh Mertua ku!



SALAM!!!



Selalu kita dengar orang tak ngam dengan keluarga mentua. Mungkin ada banyak sebab. Lain orang lain sebabnya. Kalau tanya aku, aku alhamdulillah, mentua aku sangat sangat baik, sporting dan best. HEHHE. Ni bukan bodek, sbb aku tak pandai bodek2 orang ni, cakap straight to the point je.



Masa lepas kawin haritu, aku terus dok Ampang, umah mentua aku. Menjadi diri aku, aku layankan je. Ala rumah mana2 pun ok je. Asal aku dpt makan. HAHAHHAHA. Berani la Wan tak bg aku makan (dia tahu aku akan moody kalau aku lapar)



So bermula lah kehidupan aku dekat rumah mak mentua aku. Entahlah aku happy je dok rumah mak mentua aku. Macam rasa kat rumah sendiri je. Ada haritu aku keje dari rumah, lepas tu mama ajak aku masak sekali, aku pun ikut jelah... Motto hidup dgn mak mentua ialah,'malu bertanya sesat jalan" So, apa aku tak tahu aku tanya je. Mak mentua pun manusia biasa, takkan lah tetbe dia nak marah kau kan... lainlah kalau ko kena tangkap basah dgn anak dia, haruslah mendapat cercaan mak mentua, oh masyarakat juga.



Aku ingat lagi dlu aku ada tulis entry cemana nak tawan hati anak mak. Dlm ENTRY tu aku ada tulis, nak amik hati mak mentua, kena spent time together. Ni petikan ayat tu.....



"4)  Aktiviti bersama. Yang part ini boleh ambil dari hobi mak dia. Kalau hobi mak dia sama macam hobi korang lagi baik. Contohnya aku, aku suka shopping. So aku akan ajaklah mak mentua/bakal mentua tu shopping sekali. Buat dia rasa penting. Kalau agak2 keyakinan nak keluar berdua tu ada, takyah bawak pasangan anda. Layankannnn je mak mak ni. Paling2 cikai pun, bawak dia gi tengok koleksi pinggan mangkuk ke, Ataupun anda tanya bapa mentua/bakal bapa mentua, apa yang mak td suka. Pastu pepandailah plan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Bila pasangan tu tengok effort kita nak jaga hati mak dia, memang laaa makin sayang dia kat kita. Silap2 mintak diamond ring dapat kot. Heh "



Jujur aku cakap, aku ni bukan jenis tgk TV, kalau kat rumah tu, mama baba je yg rajin tengok TV. Tapi bila kat rumah mak mentua aku, derang mmg suka tgk TV lagi2 channel bintang. So, benda simple, spent time together. Tengok TV bersama. Ada haritu smp kul 2 pagi aku dgn mama tengok cerita hantu, menjerit2 pastu Abah marah (-____-) HAHAHHAHAHA. And aku baru tahu kilauan emas tu sangat lawak.



Bila kita boleh tackle hati mentua, percaya lah, suami pun sayang.... mihmihmih.. Sebelum tidur mesti Wan tanya, "D okay dengan mama? dengan family I?" Cuba kalau laki ko dengar ko tak ok mesti hati dia tak senang kan??? Jawapan aku memang sentiasa okayyyy sbb mmg okay. Lepastu aku mesti cakap, I kan menantu idaman malaya. hehehehhe.



Bab makan aku memang Abah jaga gila2 punya. Setiap kali nak beli makanan dia akan call tanya nak makan apa.... Haritu Abah call, tanya nak ayam tak? Nak bahagian mana? :') Sbb dia tahu menantu dia ni gedik, banyak benda tak makan.... Yg lawaknya, bila aku tak makan nasi, mak mentua aku pun nak diet gak... tak makan nasi... Pastu Abah kata, "Apasal tak 30 tahun dlu ko taknak makan nasi" HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHHA



Tak pernah rasa kurang pun bila ada dengan family mertua. Ipar duai, adik kakak, kucing semua baik sangat. Sayang sangat :) Kepada yang ada masalah dengan mertua, banyakkan bersabar, satu je nasihat aku, sayang mereka macamana korang sayang parents korang. Okay?


Adik beradik Wan :)








Sayang MAMA and BABA sangatttt!! Rindu Aish... dgn Yaya Gondorwo HAHAHAHHAA


Kbai....



1 comment:

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...