Thursday, February 27, 2014

Servis kereta ni kerja perempuan ke?



SALAM!!!




Pompuan atas tu beriya senyum ek, abang ni buat dunno jek.




Kalau cakap pasal kereta ni, aku memang malas nak fikir HAHA. Sebab aku bukan jenis yang ambil pot sangat. Tapi antara aku dgn Blair (ya, tu nama kereta aku) kitaorg macam ada connection. Aku selalu tahu bila ada yang tak kena dengan dia. Walaupun orang lain tak rasa, aku rasa. Hebat kan? Sebenarnya aku memang ada kuasa telepathy. kekeke. Bila baba decide nak belikan aku kereta lepas aku belajar (masa belajar pakai kereta lain), aku cam fikir, kereta ni nanti aku yang kena bayar ni. Kira mcm komitmen ni, kalau tak bayar kena tarik.. Perghhh... Mintak simpang... And bila dah kena bayar every month, kita kena pastikan dia dlm keadaan elok jugak, sebab kalau ada something wrong dekat kereta sangat bahaya wooo....




Tak kisah lah, kereta baru ke lama ke, mesti nak kena maintain. Kadang-kadang kereta lama lagi mahal maintenance dia. Tapi takpe, keselamatan tu paling penting. Ok tutup cerita pasal beli kereta dengan maintain kereta. Ada hari tu, abang aku tanya aku servis kereta berapa? Aku jawab lah RM 250. Terkejut abang aku. Dia tanya aku servis kat mana? Aku cakap, mana lagi kalau dah Myvi....... krikk krikkk...




Sekarang ni memang susah nak cari pusat servis yang cam kau boleh percaya kan? Masuk2 kedai je, tengok abang mekanik berlumuran minyak hitam, omakkk kauu soram nya! Ni mekanik ke orang minyak? HAHA. Tapi betul tau, physical appearance orang ni menganggu aku kadang2. kekeke. Aku tak rasa selamat hantar kereta kat situ. Lebih memeranjatkan lagi, berdasarkan aduan yang di terima oleh  Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional pada tahun 2012, ada 1695 aduan berkenaan pusat servis kereta ni. 90% daripada aduan tu adalah berkenaan kualiti servis. 



Kalau aku lah sebagai seorang perempuan, memang aku tatau pape. Selalu cam terfikir :



i) Betul ke harga dia camni? Mahal siakk
ii) Alah, semua nak tukar, entah2 tak payah saje lah tu
iii) Ni ori ke ni spare parts ni? Cam cap ayam jekkk




Pernah tak terfikir camni? Aku memang selalu. Sbb tu aku selalu kena tipu kot (-___-) Jadi, untuk mengelakkan korang kena tipu cam aku, ada baiknya korang pergi pusat servis yang bertauliah, jeng jeng jeng...... presenting Carama! Kini hidup anda tidak lagi di selubungi rasa risau. Mihmih. Carama ni dia list down kan workshop2 terdekat yang ada dengan korang and workshop ni mmg takde tipu punya! Korang boleh baca review semua. And amik survey boleh dapat diskaun. Yahoo! 




Last year derang launched Castrol Carama. Sebanagau pusat servis atas talian pertama di Malaysia, derang sediakan 3 bulan/5000km warranty dan free drop off service if korang book guna online. Harga servis dekat workshop2 yang di iktiraf oleh Carama ni memang berpatutan. And macam2 ada dekat website Carama yang korang boleh manfaat kan, ada location2 workshop, harga servis guna kalkulator, buku catatan kereta (bagus ni utk orang pelupa macam aku) and of kos ada rewards! 4% wang pulangan utk semua servis. Yang paling best, untuk menjadi Carama punya certified shop, workshop ni kena jalani screening ok... Bukan calang calang. hehe.





 So sekarang lepas tahu ada Carama, perempuan pun boleh pergi servis kereta. Kekeke.. Sebelum ni takut sebab selalu kena tipu. Cheh.




Jom ramai ramai buat survey ni : https://www.surveymonkey.com/s/G2WLTJZ



KBAI JOM BELI BMW. tetbe


Monday, February 24, 2014

Peranakan saya betul ke tak?



SALAM!!!!



Bertemu kembali di blog busuk saya. Lama betul aku tak jengah blog ni sbb memang super duper busy. Busy tahap yang buat keje office sampai pukul 12. Bayangkan lah kerja dr pagi sampai 12 malam. Pinggang sakit toksah nak cakap. Motif sangat merungut khenn.. Kot2 lah ada orang dapat duit terpijak nak bagi aku kerusi OSIM... Ogawa pun voleyy... kekekeke.


Aku ni manusia yang memang suka membaca artikel. lagi2 artikel kesihatan. Boring kan aku? Health freak lah konon. Puih... Ada lah satu hari tu aku terbaca macamana nak tahu samada peranakan kita betul atau tak. Standard lah, bila dah nak kawen ni aku lg amik berat pasal kesihatan keluarga. hehe. Tapi ni aku tak tahu lah sahih ke tak. HAHHAHAHA. Kalau salah jangan lah marah ye, ni saje suka2, nak betul2 gi jumpa doktor lah kan.... Aku bukan doktor.. CGPA tak lepas...


Ada dua cara :

#1

1) Baring... kena baring terlentang, bukan mengiring ataupun baring meniarap
2) Kalau boleh takyah pakai bantal.. selimut takpe haha.
3) Rileks tapi jangan tidur
4) Masukkan jari anda ke dalam pusat.. Pusat yang kat perut tu.. jgn pusat lain plak..
5) Tekan
6) Bau jari anda... ok ni tipu..
7) Bila korang tekan, rasa tak denyutan nadi. Kalau rasa means peranakkan ko ok. Kalau tak, errrrr aku tatau ahh sbb aku bukan doktor mahupun mak bidan.


#2


Cara kedua ni dia cam tak elok untuk anak dara sbb ada possibility boleh merosakkan kedaraan anda. MUAHHAHAHAHA. So takyah ajar lah ek... XD


1) Cangkung
2) Masukkan jari ke dalam alat sulit.. Kedalam ok... bukan kat luar2 je.. Sbb tu aku kata tak elok..
3) Kalau rasa mcm ada ketulan or benda, means peranakkan kau jatuh..
4) Jumpa doktor aaaaa



Beriya aku google, ingat nak letak gambar orang baring, sekali keluar muka mamat ni... Rupanya nama dia baring (-____________-)




KBAI.



Thursday, February 6, 2014

Subur ke tak?



SALAM!!!!



Aku rasa macam dah lama gila tak blogging. Bila nak blogging je ngantok sbb letih keje banyak sangat. Bila bukak blog je, eh? aku nak tulis apa? Padahal banyak gila dlm otak nak tulis. Tapi apakan daya otak je yg gerak2, tangan tak gerak, apa guna nya? 




Oklah, sbb aku dah nak kawen, so post2 aku banyak pasal kawen jelah, sabar eh kena terima hakikat yang aku manusia normal, ada sedikit excited bila bab kawen. Kekeke. Bila dah nak kawin ni, bab subur2 ni sensitif sikit sebab yelah bila cakap pasal subur, mesti lah ada kaitan dengan anak. Anak tu bukan nya kita boleh dapat bebila kita nak semua nya bergantung pada rezeki. 




Kita boleh ikhtiar, tapi semua kerja ALLAH nak bagi rezeki atau tak. Aku pun macam orang lain jugak, nak anak. And memang kitaorang takde plan pun nak lambat ke cepat, eh salah memang nak cepat pun. HAHAHA. Kalau nak di ikutkan history aku, aku rasa aku macam payah gak nak pregnant, ingat lg dulu aku period sampai 28 hari gila kau.. sampai doktor bg ubat suruh stopkan period. tsk tsk. Sekarang ni pun period aku cuma 2 - 3 hari je. HAHHA. Oklah better than nothing tapi yang pelik tu bila puasa lama lak haha. Aku risau,
so aku amik langkah untuk ambil supplement. Maka aku decide to consume shaklee punya set kesuburan.



Mungkin ada yang fikir aku macam tergopoh2 nak anak, aku risau, kalau kau ada masalah macam aku mesti kau pun risau tapi tatau lah kalau kau taknak anak. khennnn....



Kita cuma mampu beusaha, tapi rezeki Allah yang bagi.. Ada hari tu aku pergi berurut.. Di sebabkan makcik urut tu kepoh sangat tanya aku macam macam, aku cakap je aku baru kawin. Terus dia check peranakan aku. HAHAHAHHAHA. Krikk krikk sangat kan...



Alhamdulillah dia kata okay. semua di tempat yang betul. Orang kata kalau nak check peranakan, kita kena baring, masukkan jari dalam pusat kita dan tekan. Kalau rasa ada denyut means peranakkan kau betul. hehe. Kalau takde denyut, hmm.. maybe jatuh ke? Kena tanya nenek2 lah, they know better. Jangan tanya aku, aku bukan nenek.


Berbalik pada set kesuburan, set ni buat aku lapar, sbb perubahan hormon kan, tambah nafsu makan, apa lagi... aku telan macam2 buah sbb lapar. Actually bukan lapar, otak je yang bagi signal bahawa kita lapar. 


Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.


Boleh contact kakak yg jual ni (Nuha - 0126370022)
And kakak ipar aku jual jugak (Ervina - 0132263199)


Kbai.


#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...