Tuesday, December 31, 2013

Azam Tahun Baru 2014


SALAM!!!



Wah! Esok dah 2014. Gila lah.. sekejap je. So mcm biasa lah, bila tahun baru, azam pun baru. Padahal azam2 tahun lps2 tak tahu lah tercapai ke tak sebab lupa apa yang aku azamkan (-___-) 



Apapun, tahun 2014, nak diet dah tak masuk dalam azam dah sbb apa yang aku makan skrg pun, walaupun tak diet tp mmg mcm diet. Tsk Tsk. So diet, nyah kau dari kisah hidupku. You are so yesterdayyyyy...



***Ok tukar mood***



Aku ni manusia yang suka fikir, fikir, fikir macam2 and selalu nya aku suka fikir jauh. Lagi 3 bulan status dah nak tukar, serius aku cakap perasaan aku memang bercampur baur. Macam2 rasa ada and mostly rasa sedih sebab aku rapat sangat dengan Mama. So bila fikir nnt dah tak nampak Mama hari2, benda tu je dah buat aku sebak. (menangis) dasar ciwek. Selalu aku akan sebak dan menangis bila aku sorang2, and of koslah masa dlm bus nak pergi and balik kerja, sbb 4 jam kan atas bus.



Ada sampai satu hari tu, aku tengok je muka Wan. Lepas tu....



Wan : Kenapa D?
Aku : Sedih lah nak kawin... You tahu kan, kalau perempuan kawin, dia dah bukan milik ibubapa dia. Dia dah jadi milik suami dia. (masa ni tahan air mata dah)
Wan : Tahu.. Happy lah kan kita nak kawin.. 
Aku : You janji jaga I baik-baik b.. (sebak nak mampus masa ni sbb igt Mama and Baba)
Wan : I janji. Walaupun you bukan yg pertama dlm hidup I, tapi you lah yang terakhir untuk I dan selama-lamanya.
Aku : Hmmm... baiklah... *senyum tp mata berkaca*


 
Aku tak tahu lah aku sorang je ke yang rasa mcmni ataupun ada lagi bakal-bakal pengantin yang ada perasaan sama macam aku. Serius sedih. Macam bila fikir sikit je pun ko dah boleh mengalir air mata. WAAAAAAA!!!!! Nasib kawin orang Ampang je, kalau Kelantan ke apake kena dok sana mmg tak dapat aku bayangkan.



Maka nya, azam tahun baru aku ialah nak jadi isteri yang solehah dan baik untuk Mohd Rithuan bin Shahaini. Supaya biar parents aku senang hati tengok aku happy dan tak risau. Lagipun, isteri yang baik tu di janjikan syurga :') Maka nya skrg aku nak belajar menjahit, masak dah pandai dah, kemas rumah dah, oklah tu... HAHAHA. (td sedih tetbe gelak besar, tah pape) Aku nak jd isteri serba boleh macam Mama. Sangat kagum.... tapi bab tanam2 bunga tu mcm payah sikit lah... krikkk krikkkk. Eh jap, isteri je ke?? Ibu?? eh, tak sempat.. tu jadi azam 2015 lak...



YA Allah permudahkan lah segalanya. Amin...
 






No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...