Thursday, December 26, 2013

Alahan dan Akibatnya


SALAM!!!




Aku baru perasan yang aku tak buat entry pasal benda patut buat untuk dua bulan dah. Krikkk Krikkk. Mesti aku busy sangat kan, sampai aku lupa. Kekkeke. Takpelah, nanti kita qada' kan post2 tu. Boleh saje kan? Sedangkan air yang dicincang takkan putus, apatah lagi post2 tu kan? Erk.



Berbalik pada tajuk di atas, aku pun cam celaru gila entah sejak bila tiba2 aku ada alahan. Stress ok. Aku rasa dah 6 bulan kot ke lebih? , first aku tahu aku kena alahan bila aku makan seafood, bibir bengkak, and tumbuh (tumbuh pun boleh) macam biji air bisa. And bila biji air tu meletup, keluar darah..... Sila bantu lap air mata aku... Sangat sakit ok.. Maka aku pun pergilah clinic, sekali doktor tu kata alahan, and dia bg ubat. Tapi mcm tak baik2.. Last2 aku pergi clinic lain... And apa yang lebih memeranjatkan aku. ubat yang doktor sebelum ni bagi SALAH!  (-___________-)



Lepas dh tak boleh makan seafood, aku makanlah benda lain.... And, makan punya makan, aku discover yang aku takleh makan processed food and telur juga. Nak meraung rasa sbb telur and sosej adalah kegemaran saya juga. Habis nak makan apa?????!! Makan angin jelah camni hoho.



Kalah Angelina Jolie. Takyah suntik uolsss, makan seafood jek.



Disebabkan dh cam agak takleh blah alahan aku ni, mama and baba suruh aku gi specialist sbb mama kata pelik, selalunya alahan berlaku dari kecik. Ni dah tua bangka baru nak alahan. Motif sangattt. Maka aku pun pergi lah specialist (DEMC) Doc tu kata alahan ni boleh jadi macam2, bukan setakat makanan, ubat gigi and kadang2 air liur sendiri pun kita boleh alahan. And alahan tak semestinya berlaku dari kecil, ko dah tua pun ko boleh dapat alahan to certain benda. Dia kata bdn kita ni mcm ada satu tahap dimana bila kita consume sesuatu benda tu (kalau alahan makanan) dah sampai tahap dia, bdn kita akan bg reaction. Tu yg kadang2 boleh buat alahan. (Faham ke? Aku nak terang pun payah, mungkin tu sbb tak jadi doktor hoh)




 Masa doc tu terang, dia ada lukis graf, dia kata alahan ni kadang2 boleh menurun dan menaik. Contoh : Alahan sotong. Kalau kita makan seketul sotong je, mungkin kesan alahan tu takde, sbb tahap tu tak cecah yang blh bg kesan lagi. Kalau makan sepinggan, sah2 lah mulut bengkak. Faham tak? Kalau tak faham gak, pergi lah DEMC sendiri. HAHAHAHHAHA.




Maka dia sarankan aku buat ujian alahan, aku pun cam oklah.. Bila tanya berapa, dia kata rm 500. Nak pengsan tak? So, aku decide utk postpone dulu. Sebab memang dia kata aku alahan, and bila aku makan certain benda je, kesan tu akan nampak. Kiranya aku dah tahu apa punca nya aku alahan. Maka, aku pun meneruskan lah hidup aku dengan happy tanpa makan seafood, processed food dan telur. Bye Bye MCD!
So memang hidup aku agak berubah lah lepas tu, banyak benda yang memang aku tak makan. Sedih gak tapi bila mengenangkan teruknya bibir tu, memang tak berani nak makan. Nasib baik makan cake okay, walaupun cake ada telur. Maybe mcm apa yang doktor tu kata kan, telur dlm cake tak banyak macam kita makan telur goreng. Kot? hehe.




Bye bye sosej. Kau lah cinta aku sampai bebila. (tersedu hiba)




Ok, cerita ni belum habis lagi ek, ada lagi aku nak cerita. HAHAHAHHA. Tak sesudah ek. Dalam pada aku menjalani hidup aku tu kan, aku ada lah gak termakan sikit2 benda yang aku takleh makan. TER eh bukan SENGAJA. kekeke. Bila dah naik alahan, kena lah makan ubat. And sejak aku alahan ni, aku perasan satu benda : Period aku kucar kacir. Selalu bila 28hb setiap bulan tepat mesti period. Tak pernah miss. Tiba2 bila start alahan ni, memang banyak kali miss, ada satu bulan tu tak datang langsung. Bila aku pergi doktor, doktor kata aku stress. Krikk Krikkkk.




Di sebabkan aku ni adalah manusia yang sentiasa nak mencari jawapan terhadap sesuatu benda tu, aku pergi jumpa doktor lain. Ok, ni doktor yang ke 4. Aku explain kat dia, aku tunjuk semua ubat2 aku. And dia cakap, sebenarnya period aku kacau sebab ubat alahan aku tu ada steroid. Dia kata ubat alahan memang ada steroid, tak kira lah pil ke nk suntik ke. Aku cam terbangang jap. Memang cara untuk nak elak pengambilan ubat ni ialah aku kena jaga makan. Sobs sobs. Alhamdulillah, dah lama gak aku tak makan ubat alahan. Steroid I HATE YOU! Aku risau tak period sbb iols kan dah nak kahwin seperti manusia biasa saya juga inginkan cahaya mata. Mihmih. Bagus Amni ni kawin sbb nak ramaikan umat Nabi. Thank you ustaz kursus kawen... Tetbe.



Salah satu ubat alahan aku. Semua ada 4 jenis. TOOBAD.



And, aku pun update status ni kat Facebook. Biasalah, benda manfaat kena share supaya semua orang sihat. Ada junior aku komen, rupanya steroid pun ada dekat cream muka. Tujuan nya ialah untuk prevent or reduce kan jerawat. OMG! How could you steroid! Kesan2 dia akan buat kulit muka nipis dan banyak lah lagi... Tak sanggup baca sbb nnt sakit kepala fikir kesan dia.  Kadang2 benda2 camni, dia boleh meleret2 kesan dia. You never know. Jangan nanti sampai menyesal hokei.




Sila ambil sedikit masa untuk check benda ni di semua produk2 ataupun supplement yang korang makan.
BEPROSONE CREAM. Kalau ada apa produk mengandungi BETAMETHASONE/STEROID/CORTICOSTEROID.



Ok jaga diri. bye!


2 comments:

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...