Friday, May 24, 2013

Nescafe Dolce Gusto



SALAM!!!


Harini cuti Wesak. Kalau cuti watpe? Jalan laaaaa... takkan nak dok umah, panas punggung hahahaha. So hari ni aku jenjalan, biasalah kalau aku berjalan tu apa lagi aku buat, mestilah window shopping (gaji belum masuk) and minum kopi. Yummy!




 Ini nama dia cinta hihi


Ok dah, aku bukan nak cete pasal aku lepak minum kopi, tgk tajuk entry pun tahu takde kena mengena. Siapa kat sini pernah dengar Nescafe Dolce Gusto? Aku dulu... dulu la... aku memang tak pernah dengar sbb aku ni bukan lah pengemar Nescafe.. tp kalau ada aku layan jelah... 


Cerita nya begini, kene cerita dr mula supaya lagi senang faham. Last year, masa year end bash IBM, kan tema nya fairytales. So aku pun mengambil keputusan nak pakai baju Fiona. Sila rujuk gambar di bawah.

 Cute kan? BAHAHAHAHA


Then, nak di jadikan rezeki, aku menang. JUARA ok. Bukan main2 penangan makhluk hijau ni. hahahaha. Maka hadiah nya aku dpt Nescafe Dolce Gusto tu.... seperti gambar di bawah...(Maaf takde gambar proper sbb entah mana original copy nya)




Bila dh dapat tu, aku happy sgt since aku ni kan penggila kopi. Tapi kegembiraan aku tak berpanjangan sebab aku tak pandai guna. SOBS. (T.T) Satu haritu baba kata jom lah try. So aku pun try lah.... hasilnya... aku bg 2 bintang sbb mmg tak pandai guna and tah pape. Mama and baba complain apasal pahit sangat kopi nya. Choy! And bila last2 tu, aku guna, then kuar susu. Aku cam,'ek eleee mana kopinya asal susu plakkkkkkkkkkkkkkkkkk"


Di sebabkan aku dah give up, baba pun sokong ke-give-upan aku lalu dia simpan mesin tu dalam stor. Bye bye idontlikeyounescafedolcegusto. Padahal tak reti guna. So cerita tu habis kat situ. THEEND.


Ok, ni cerita lain plak, kan hari ni aku kuar. Dok jalan2 tanpa hala tuju, yaya ajak masuk Parkson. Layankan.... Pastu naik tingkat 1, ada mcm tempat semua Nescafe Dolce Gusto. Aku cam terkesima, ok ni tipu, aku cam wah! Aku ada mesin ni! Walaupun dpt free, at least aku ada. AHHAHA. Pastu sbb aku nak tahu lah kenapa susu yg keluar instead of kopi, aku pun singgah booth tu.





Lalu aku bertanya, "Boleh tak u terangkan mcmana nak guna?" Baik salesgirl tu, dia terang dr A smp Z. Baru lah aku tahu sebenarnya nak buat Nescafe ni dia mmg kena guna 2 kiub (eh kiub eh?) Satu adalah kopi, satu lg mmg susu. Choyyy!!! Patut lah kuar susu je dulu.. And Mama and baba complain pahit, sbb tak letak susu. Now I know!


Lepas tu aku ckp thanks bebanyak and "Boleh tak you bg I rasa?" HAHAHAHAHA menyempat ek. Dia kata boleh.. u pilih. Then aku pilih Latte Macchiato. Dia pun bancuh. And aku cam Woahhhh woahhhh (Batak) 


 Aku punya mesin bukan camni. saiz kecik sikit. Ni saiz yang baru and its AUTOMATIC. Takyah susah payah sukat air.  


 
 SEDAPPPPPPPPPP!!


 Apasal gambar ni jd gemuk? Bongeklaaaa


 Ni pun gemuk gak. Cheh.



 Nasib ni tak gemuk. Eh eh eh


Kesimpulan nya, sedap. And harga mesin baru tu rm 800++. Dia mahal sbb dia lagi besar, lagi cantik kebabommm and dia automatik. Kpd yg pernah tgk kiub tu, dia ada sukatan air, mesin yg automatik ni ada option utk sukat air. So korang just set kat mesin tu je. Senang kan???? Kalau aku punya tak. Sadis. Aku perlukan yg automatik! Bwekk.



 Yang jenis cam aku punya tu RM 300++ Sesiapa peminat kopi tegar boleh lah beli mesin ni. Yang kopi dolce gusto tu, satu kotak berharga rm 27.90. Aku mls dah nak beli sebab aku tak berapa yakin nak buat. HAHAHA. Tapi oklah harga dia, secawan yang cam aku pegang tu cuma RM 3++ sebab kalau beli satu2 kiub tu harga dia rm 1.75.



Setakat ni aku cuma tahu kat Parkson Setia City Mall ada. Maklumlah, I pun dapat hadiah uolsss nk beli memang tak mampu. Okbai.



Tuesday, May 21, 2013

Sengal #107


SALAM!!!


HAHAHAHAHAHHAHA boleh tak nak gelak dulu sebelum tulis. Sebab rasa cam bangang gila. HAHAHAHHAHAHHAHA.


Cerita nya macamni, aku memang suka makan nenas. Selalu kat rumah pun baba selalu beli. So bila kat office aku selalu gaklah makan, and biasanya si tukang beli ialah office mate aku, Naz.


 Nenas kedai ni sedap sbb cili dia pedas nak mati.




So tadi dia belikan aku nenas. Then aku nak gi bayar, so pergi lah workstation dia.


Aku : Nah, duit nenas. *hulur RM 20*
Naz : *korek2 purse nak bagi baki dan bglah aku baki rm 17*
Aku : Weyyy duit ni buruk, laku ke? *sambil tunjuk duit RM 5 yg telah di salotep* Tukarlah weyy.
Naz : *Korek Purse lagi*


Pastu aku nampak rm 10. Then :


Aku : Ha, bg lah RM 10 tu. Tukar2. Ko amik rm 5 ni. 


Pastu kitaorg 2 org cam terbangang.


Naz : Kenapa aku rasa aku mcm akan rugi kalau aku bg ko RM 10 ni, aku amik RM 5 aku?
Aku : Manada, betul lah. kita tukar. Sama je, ko nak bg aku RM 5 gak. *Aku yang sememangnya tak pandai Matematik*
Naz : Bengonglaaaaaaaaaaa kalau nak tukar duit RM 5 dengan RM 10, RM 5 tu kena ada dua keping. baru betul. 


HAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHA. Teruk kan?


Kbai. 


Monday, May 20, 2013

26



SALAM!!!



28th April 2013. Eh? Berzaman dah ek? Baru nak tulis harini. HAHAHAHA. Sebenarnya dah lama aku tak sambut birthday seorang lelaki. Serius. Tak tipu. Last time was back in 2008 kot. Tak sure (haa kau sampai tak ingat, nampak sgt lama) So, bila skrg ada Wan, of kos lah kena celebrate. And memang dalam family aku pun memang kitaorg akan celebrate and hadiah is a MUST!



So, on 28th April tu maka pergi lah kami bersiar-siar. Dia masuk kete je aku bersuara :

D : U nak makan apa harini? Cakap je I beli semua.
B : Hmmmm nak makan ice cream, cake dgn sushi.
D : Tu je? Aku mati2 ingat dia nak makan steak ke apa. KAHKAHKAH.


Tapi masa birthday aku dulu pun aku teringin makan tomyam je hihihi.


So, sebelum pergi celebrate tu, kitaorg gi beli hantaran dulu. Since Wan tatau nak apa dlm dulang dia, aku suggest dia beli kasut. Then kami pun beli. Eh salah, aku belikan. Sweettt sangat. PUI. Lepas dh beli tu, dia nak makan cake. Then pergi Secret Recipe.


Lama gila kitaorg lepak kat situ, padahal cuma borak je. Just spend time with each other.



Bahahha! Aku suruh dia tiru aksi budak dkt card tu. 


Then lepas dah setel kat Secret Recipe, kitaorg balik Klang sbb pakcik aku nak pass cake. Then lepak umah pakcik aku jap. Then pergi Tesco beli makan aku. Lepas tu, dinner kitaorg makan sushi. Seronok dia makan sushi. Then after sushi aku belikan ice cream. HAHAHHA. Cam budak2 tol.


Aku sangat happy bila dia suka hadiah dia. Weewooo =D


Happy Birthday Mohd Rithuan bin Shahaini. Terima Kasih kerana menjadi kawan gila saya. Semoga awak berjaya dunia dan akhirat. Murah rezeki dan panjang umur. Amin =)


Kbai.

Sunday, May 19, 2013

Part 2 : RS & AJ



SALAM!!!


Ok, sekarang masuk part 2. Buat part2 lah senang kan? So, Part 2 ni cete pasal aku gi Nilai 3. Pada 6 May 2013, mama decide nak pergi Nilai 3 maklumlah Selangor cuti kan lepas GE13. Sebab dia kata dia nak beli dulang untuk hantaran.



Aku sebenarnya nak sewa je. Sebab lps tu kita tak pakai dah kan? Cam membazir. Tapi mama punya pemikiran lain. Dia kata harga sewa dgn harga beli lebih kurang, baik beli je. Last time masa abg aku kawen pun mak aku beli gak. Lepas tu dulang tu dia bg sedara mara sorang satu. Aku rasa itu yg akan berlaku pada dulang aku kelak. Apalaaaa nasib kau dulang. AHHAHAHAHHA.



Maka pergi lah kami ber lima. Aku, mama, baba, along dgn kak ina. Aku sebenarnya memang serah bulat2 dekat mama pasal hantaran, baju dan pelbagai mak nenek. Sebabnya? SEBAB AKU MEMANG TATAU PAPE. Bak kata Wan,"U memang dok oversea eh?" HAHAHA kwaja ek. Aku lagi senang mcmtu.



Ok nak iklan jap, masa sehari sebelum gi Nilai 3 tu, mama g Jakel, pergi beli baju tunang aku. Itu pun aku tak ikut. HAHAHA. Sbb aku gi mandi sungai dengan eksyen. Semua aku ikut mama. Sebelum aku gi, aku ckp,"Ma beli jelah kaler apa ma suka, Angah dengan Wan ikut je" Gila senang kan? AHAHHAHA. Aku cuma nak mak aku happy. Aku faham perasaan dia. Aku ni anak pompuan first dia, so kesemangatan dia tu berkobar2. Love you mama =D



Yaya jadi model. AHHAHA.


Ini kot baju nya. Aku pun tak ingat sebab banyak sangat Yaya whatsapp masa aku tengah bakar ayam. Layankannnn... ehhee. 



Ok sambung balik cete dulang, Mama kata banyak design dulang yg lama. Zaman abg aku kawen dulu. Dalam hati,"Wahhh mama ni mcm dia tukang kedai, siap hafal design2 dulang" HAHAHAHHA. Pastu dr satu kedai ke satu kedai. Panas dia toksah cete. Mengelupur ok. Last2 dia berkenan satu dulang ni. Dia warna putih, dr jauh nampak cam kaca tp sebenarnya plastik. KAHKAHKAH.



Pastu mama tanya,'Ni ok Ngah?" Aku,"Okay, boleh je". Terus Mama kata,"Ok, Saya mahu angkat 7!" Hantaran tunang aku dengan Wan kitaorg agree untuk 7 balas 7. Sebab mama kata kalau 5 balas 7 cam sikit sangat. Kalau 7 balas 9 dh banyak sangat. Mama tak kuasa nak bagi2 manisan. Leceh katanya. So 7-7 je senang.


Aku ingat setel dah lah lepas tu. Rupanya belum. Dulang nak kena ada kaki plak. Adoi lahhh.. Kau ni mengada kan dulang. Pastu masa ni Kak Ipar aku yg layan mama. HAHAHA. Thanks kak! Muah!


Masa ini nak pilih kain nak ttp gabus tu. Nak pilih ni pun lama. I is pening.



Sbb tema pink, so Mama pilih yang ni KOT. eh ke lain. Aku tak sure. Sbb.......


Aku tengah lepak dengan Along sambil try Vapor dia. KAHKAHKAH


Bab bayar membayar, bos besar yg swipe. Hehe.



Lepas tu Mama nak beli barang untuk pelamin. Mama nak buat sendiri. Best kan Mama aku? Kelasss... Masa ni dia tgh pilih perhiasan. Comel je.




 Dalam pukul 2 petang macam tu, semua setel. Misi tercapai. Minggu tu, 


Baju Tunang Aku (Checked)
Baju Family Aku Untuk Pakai Masa Tunang (Checked)
Dulang (Checked)
Pelamin (Checked)


Next! Misi Mencari Cincin  =D

Kbai

Wednesday, May 15, 2013

Pulau Perhentian



SALAM!!!


Sebenarnya dah lama aku pergi Perhentian ni. Adalah beberapa bulan lepas, tapi biasa lah busy, nak update on time memang tak dapat. Plan nak pergi perhentian ni kitaorg dah rancang dari last year, tapi asyik bertangguh sebab masalah2 yg tak dapat di elakkan. Tapi akhirnya berkat kesabaran dan rezeki dari Ilahi dapat jugak kitaorg pergi.


Booking chalet semua Ridza buat. Tiket bus Fiqa beli. Dan akhirnya kami pun bertolak dari Hentian Putra. Tiket bus dari hentian Putra pergi Kuala Besut rm 44 (Mahligai Ekspres) Seat best. Most of the time aku tidur. hehe.Tiket balik harga sama ke mahal seringgit tah.. lupa lak..


Hentian Putra


Perjalanan adalah super jauh. Bertolak pukul 10 malam. Sampai Terengganu pukul 6 pagi, solat subuh. Belum sampai Kuala Besut lagi. Sampai Kuala Besut dalam kul 8 camtu lah. Lebih kurang. Bontot kematu ok.


Tunggu Boat



 Masa ni makcik dua org ni rileks lagi, pastu terpekik2 sebab boat tu sangat laju YA AMPUN.



Ridza sentiasa maintain. Mungkin dia pernah jadi nelayan dulu, sbb tu rileks je.


 Tadaaa!!!! Saya di sini!


Sampai2 je kat Pulau, kitaorg terus check in dekat Panaroma Chalet. Dari jeti tu nak gi Panorama tu adalah berjalan 1km ke lebih. Penat gila sbb panorama tu dia macam the other side of Pulau Perhentian Kecil. Boat takleh lalu sana sebab ombak kuat. Masa kitaorg pergi tu February, so monsoon baru habis aku rasa. Ke belum lagi, sebab ombak memang kuat. Wa tak tipuuu..


Lepas dah checked in, terus bersiap pergi snorkeling. Abg Faizal bawak kitaorg. Aku tak excited pun masa ni, sbb aku mmg tanak snorkeling, aku takut air. Nasib ada kawan yg takut gak. HAHAHA. Yang lain excited terlebih. Antara point snorkeling ni ada turtle, ada shark point pastu apatah lagi, ada dlm 5 ke 6 kot tak silap.


Tapi masa kitaorg snorkeling tu ada banyak lagi boat, so bila menyelam, instead of nampak ikan, aku nampak bontot orang. Pun bolehhhh... Aku ada cerita kat entry sebelum2 ni yang atasi ketakutan tu. Nasib ada Abg Faizal yang menemani aku all the time. And sekarang, aku tak takut air dah.


Antara pengalaman manis, aku dapat tgk jerung, depan mata okayy!!! Selalu tgk dlm TV je, tu pun mesti minah sexy2 pakai bikini je yg dpt tgk shark. Helloooo I pakai suar tracksuit je ok, dapat gak tgk. hehehe.




 Aizat mabuk laut, fiqa keletihan. 


Lepas dah snorkeling lebih kurang 3 jam, perut lapar gila. Pastu abang ni bawak kitaorg makan dekat Ada Seafood. SEDAP GILA OK. And murah.


 Muka Penat 1



 Muka Penat 2


 Cam tak penat je? HAHAHA



 Best nya 1


 Best nya 2

 
 Best gila gila


Lepas tu malam tu kitaorang pergi makan area situ. Di maklumkan sangat mahal. Telur goreng rm 3 ok. Ni telur emas ke apa?! Lepas makan, kitaorg lepak kat chalet tu main card sampai pukul 12, pastu jalan2 tepi pantai. Romantis sangattttt. Choy! Angin sangat kuat, dengar bunyi ombak sgt best.


Then, semua kata, "Wey esok kita bangun awal tau, sebab nak tengok sunrise tepi pantai" . Maka semua pun bersetuju. Tengok2 semua sembahyang subuh pukul 7.30am. Sunrise kelautttttttttttttttt dan subuh dinosaur. HAHAHA. Sebab memang sangat letih tahap letih gila. Aku rasa kaki aku cam nak tanggal.




Di sebabkan dah terlepas sunrise kan, kitaorg kuar dr Chalet dlm pukul 8.30am camtu, sbb nak breakfast. Masa tu kedai pun tak bukak lagi. Cantikkan pemandangan atas ni, mcmtu lah pemandangan masa breakfast. Kalau la ada Bruce Willis kat sebelah... ahak ahak...




Lepas breakfast, aku, nana, fiqa semua terjun pantai. TERSANGAT lah best sbb ombak dia kuat. Tak boleh mandi ke tengah sangat. Sebenarnya ada abang tu tak bagi mandi sebab dia kata ombak kuat. Tapi biasa lah kitaorg kan degil, belasah je. Tapi memang best gila. Aku smp blh masuk bawah ombak tu, boleh bayangkan tak betapa kuat dan besar nya. Dah lah jernih nak mati air dia, macam perempuan tak pakai kain dalam. haaaa camtu lah dia punya jernih. Ek? 


Dah tengahari sikit kitaorg bersiap untuk pulang. Sebelum balik kitaorg makan dulu dekat restoran yang berlantaikan pasir berdekatan dengan jeti. Harga takyah cakap lah, mmg mahal. Rasa cam bila berak nak simpan je tahi nya sbb mahal sgt. Sobs.


Sebelum balik, kitaorg suruh satu foreigner ni amik gambar kitaorg. AHHAHA. Eh, macam kitaorg lak ek pelancong. So, secara kasarnya duit akan habis dalam rm 300. Tu kira mewah dah tu, kalau nak jimat, bawak roti dgn tuna banyak2. Sbb memang barang sgt mahal. Tapi kalau korang kaya, padahal.... duit bukan bawak mati pun. kannnnnnnnn....







Kesimpulan nya trip ni sangat padat dan menyeronokkan. Hehe. Please lah pergi Perhentian. Sebenarnya gambar beratos2 tapi larat lak aku nak upload semua, sikit2 jelah, yg lain tu kena pergi sendiri baru dapat rasa betapa indahnya ciptaan ALLAH. Subahanallah.


Thanks eksyens. Sayang uolsss. Kbai.

Monday, May 13, 2013

Happy Couple : Road To Happiness



SALAM!!!


Aku sebenarnya tak ingat aku pernah tulis entry pasal ini ke tak. Kalau ada pun mngkin tahun lepas? Atau tahun lepas nya lagi? Ah lantaklah tahun bila pun kan. Yang penting aku nak tulis lagi skrg. OK, nak TAIP.


Tajuk entry Happy Couple : Road To Happiness. Sweet kan? Gi pasang lagu Anuar Zain masa baca entry ni baru lah fefeeling sikit. Hehe. Sebenarnya aku nak tanya, apa definisi happy dlm sesebuah hubungan tu? Tak bergaduh? Tolak ansur? Takde masalah? Tak kisah lah apa2 pun definisi kita (mungkin berbeza) , yang penting happy ni benda yang positif. Setuju?


Aku ada ramai kawan yang mojoriti nya sudah pun dalam sesebuah perhubungan, tak kira lah couple ke dah kawin ke apa. So, derang ni selalu lah tanya pendapat aku. Kira aku ni cam saing2 Dr. Fadilah Kamsah lah, cuma aku versi perempuan yang cute sikit sbb aku takde misai. Eh Fadilah Kamsah ada misai ke pun? . Selalu derang tanya, "Nak buat macamana?" "Kalau mcmni, aku patut respon apa?" Aku tatau la cadangan aku tu menjadi ke tak. Tapi at least aku membantu.


So, hari ni kita cerita pasal macamana nak jd pasangan yang bahagia. Yang dah kawen boleh baca, yg tgh bercinta (pacaran) boleh baca, yg nak buat persediaaan sebelum ada bf/gf/isteri/suami pun boleh baca. Takde masalah okay :D


Happy Couple, Road to happiness : 



Contoh Pasangan Bahagia (Sekadar gambar hiasan)


1. Kenali keperluan dan kehendak pasangan

 
Manusia akan rasa gembira bila keperluan dan kehendak dia di penuhi. Betul?  First thing first, kena kenal pasangan tu macamana. Tahu apa yg dia nak dlm perhubungan. Itulah the only way korang boleh work that relationship. Contoh : Kebanyakkan perempuan memang ada keinginan nak berkahwin, tapi sesetengah lelaki tak. So bila kehendak ni tak sama, itu yang jadi masalah. Kira macam, korang lalu jalan yg sama tapi nak kona tempat lain2. Haaaa takleh mcmtu... Nak belah ke kereta tu.. (dalam maksud ni kalau korang faham) So, bila dah ada dlm sesebuah relationship kenal pasti apa keperluan/kehendak pasangan. Bab ni tanya je direct, sbb lagi senang. Cepat, pantas dan tepat. Tapi kalau jawapan tak menepati jawapan kau, jgn nangis pulak. Ada lah tu yg lebih baik =D


2. Jadi Kawan


Mesti korang pernah dengar, relationship yang bermula dr seorang kawan ni biasa nya dia akan lagi sempoi. Sbb cam comel kan, kawan2 tetbe eh tersuka lak. Tapi tak bermakna yang tak bermula dr kawan tak comel. Comel gak. Selepas kawen pun kita boleh jd kawan dgn pasangan kita. Contoh : Bg aku menjadi kawan kpd pasangan ialah bila kita boleh berkelakuan dengan pasangan tu sama mcm kita dengan kawan2 kita. Apa yang kita buat dgn kawan kita, kita boleh buat dengan dia. Percayalah, lagi fun relationship tu.



3. Komunikasi 



Tak di nafikan bahawasanya komunikasi adalah penting. SANGAT. Miscommunication memang menyakitkan. SANGAT. So, kita kena pandai2 lah nak berkomunikasi. Di galakkan menggunakan tone paling rendah. Kalau nak di ibaratkan speed kipas, ko guna nombor 1. Mmg slow habis kan, angin sepoi2 bahasa je. Aku pernah ingat dlu mama kata, "Kalau suami marah ni, dia punya sedih tu lain macam, kecik sangat hati..." Tak pernah aku nampak bapak aku marah mak aku, cuma tak bg beli kerusi tu adalah. HAHAHHAHA. Aku tatau lah betapa keciknya hati tu, sbb aku ni belum bersuami. hehe. Kalau ada pape, kena terus terang, jangan simpan. Kalau simpan nanti, lama2 jadi stress. Kepada yang tak reti nak luahkan tu, takpe. Korang hadap je pasangan tu, pastu nangis. Sambil nangis, luahkan. Muka hodoh takpe, asalkan dada lapang. Aku tahu kita ni perempuan kalau simpan, nnt mula lah semua benda yang laki tu buat semua tak kena. Kan????? Pastu sepanjang hari emo. Krikkk Krikkk..


4. Susah senang bersama


Part ni memang wajib lah kan. Sebab kalau time senang je nak bersama, tak guna. Sebenarnya dari kita mula bercinta/mengambil keputusan untuk hidup bersama, kita dah boleh tengok pasangan kita tu akan ada dengan kita susah dan senang ke tak. Kalau nak bahagia, kena lah ada masa susah dan senang. Setiap relationship tu mesti ada pengorbanan. Bila kau tahu pasangan kau ada, benda akan jadi mudah. Sebab apa? Sebab ko ada sokongan moral. Ni kalau masa senang je ada.. Ceit.. Tinggalkan je. Buat semak.



5. Campak telefon bimbit mu



Aku rasa ada kajian pasal benda ni. Kajian yang mengatakan ada segelintir pasangan yang bercerai or bertelingkah (Wah perkataan kau sgt zass) di sebabkan oleh media social. Tak kisah lah facebook ke twitter ke Instagram ke. Nasihat aku, bila masa spent time bersama, kurangkan lah pegang telefon bimbit KECUALI bila nak amik gambar sama. Hihihi. Tapi kalau aku ter-pegang gak kdg2 sbb nak kena Insta gambar makanan. HAHAHAHHA. Tapi pastu aku simpan. Saya budak baik. Korang fikir camni jelah nak senang, korang keluar pastu pasangan tu asyik tengok telefon bimbit. Sakit hati tak? Kalau aku memang aku sakit hati sebab baik dok umah je kalau nak main phone. Betul tak? So kalau taknak orang buat kat kita, kita jangan buat kat orang. As simple as that.




6. Jangan tidur dengan rasa marah


Benda ni aku baru discover. SERIUS. Ini memang sangat di galakkan buat. Jangan sesekali tidur dengan rasa marah. Walau marah macamana sekalipun, mesti selesaikan sebelum tidur. And lagi satu, minta maaf. Tak kisahlah salah kau ke salah pasangan ke. Minta maaf je. Ego buang kalau nak bahagia. Wa tak tipu =D


7. Berdoa


Last tapi yang paling terpenting sekali, senjata orang Islam, adalah berdoa. Berdoa lah yang baik baik. Selepas semua usaha telah di jalankan, maka ber doa lah kamu. Semoga ALLAH memudahkan segala-galanya. InsyaALLAH.



"Falling in love is easy but staying in love? That's the challenge"



Kbai.


#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...