Thursday, November 8, 2012

5 Tanda Kulit Sensitif



 SALAM!!!!


Dalam dunia ni banyak donut, pelbagai jenis donut. Ada donut coklat, donut durian, donut perisa asli dan macam macam lagi. Ok sekarang aku bukan nak cakap pasal donut. Saje nak bagi contoh. Donut juga macam kulit kita. Kulit kita pun ada pelbagai jenis, ada yang berminyak, ada yang kering, kulit kombinasi dan juga kulit sensitif. Apahal nak sama kan donut dengan kulit??!! Nampak sangat kuat makan. Heh.


Banyak perempuan dlm dunia fana ni tak tahu apa jenis kulit dia. Dulu aku pun confuse. Aku ingat kulit aku kering, lalu pakai pencuci utk kulit kering, ha kau, bertambah kering ibarat tanah yg merekah. Rupanya kulit kombinasi saya ni. Macamana nak tahu jenis kulit? Aku dulu ada mcm org SK II buat pameran, so dia test kulit aku. kat situ lah aku tahu. heeeeeeeeeee. 


Tapi di sini mari kita discover tanda tanda orang yang ada kulit sensitif. Kalau ada tanda2 ni pada kulit korang so you guys know what to do ok? TAKE ACTION NOW! Mesti korang tertanya-tanya macamana terjadinya kulit sensitif? Ok, kulit kita ni, eh bukan, sel sel kulit kita ni sebenarnya ada satu ability utk menahan benda2 ataupun air untuk memastikan kulit kita sihat. And bila kulit kita takde ability tu, itu yg akan menyebabkan kulit kita sensitif. Hmmmm, contohnya macam, badan kita lah, kita kan ada immune system, bila tahap imunisasi kita lemah, so lagi senang kita akan dpt penyakit. Kalau tak fhm gak, baca lagi sampai faham.


1. Pertama sekali apa yang korang perlu tahu ialah karateristik kulit sensitif.


A) Kemerah-merahan
B) Gatal gatal / Mudah gatal (Kalau gatal yg lain tu takpe, tu bkn tanda2 kulit sensitif, tu ko mmg miang)
C) Bengkak kekeringan
D) Rasa pedih
E) Mengelupas 


So, aku akan terangkan one by one. Baca slow slow ok, bagi faham. FAHAM KE TAK NI??! heh. Ok, first point (A) Kulit kemerah-merahan. Biasa nya akan berlaku bila kita lepas cuci muka ataupun bila cuaca sejuk, mcm kena angin yg sejuk. Bila kulit kita tak dapat nak serap benda tu, dia akan jd merah, means mcm ada something yg menghalang, so tindakbalas tu yg akan buat muka jd merah. YA ALLAH susah nau nk menerangkan. HAHAHHAHA. Tapi apa yg penting, kemerah merahan ni just tanda2 kecil je. Ianya juga adalah simptom gejala rosacea SILA CLICK DAN BACA, JANGAN MALAS, NANTI GEMUK. So, siapa yg ada rosacea ni, mmglah kulit anda sensitif (Kena baca baru tahu). Sila jumpa doktor untuk rawatan selanjutan. Kalau jumpa aku, kita gi minum kopi je.


Contoh rupa orang yang rosacea. Tapi cam cute takyah pakai blusher.



 B & C) Bila sel sel kulit kita tak function betul2, bukan sahaja dia jadi sensitif. Tapi dia jugak tak boleh nak simpan benda baik yg sepatutnya keluar. AIR! yes, air adalah sangat penting sebab kita nak muka kita sentiasa lembap. Bila muka kita kering, mula la rasa sakit. Kalau dah terlampau kering ada kadang2 sampai boleh berdarah kot. Dua punca kulit kering ialah bila cuaca sejuk and terlebih mandi air panas. Kalau kat Malaysia ni kita ambil contoh kerja di pejabat berhawa dingin lah kan. Memang kering kulit. Aku sehari 2 kali kot sapu moisturizer kat muka bila aku kat office sebab memang sejuk macam kat antartik hekhek. Perkara paling bagus kita boleh buat ialah guna lotion yang ada ceramide. Sebab lotion yg ada ceramide akan bantu kulit korang simpan kelembapan.  



D) Di sebabkan kesesentifan kulit tu tadi, so korang takleh lah nak pakai sebarangan produk. Orang yang ada kulit sensitif ni, kulit dia nipis. So, bahan bahan kimia dari kosmetik boleh senang masuk, lagi lagi jenis yg wangi, haaa tu lagi banyak bahan kimia. Bila bahan kimia tu bertindak balas, itu yang menyebabkan gatal2, rasa terbakar. Siapa pernah rasa terbakar sgt bagus, ni baru sikit rasa terbakar, kalau kat neraka lg panas. Ok gurau jer. So, bila korang rasa rengsa camni, memanglah kulit korang sensitif. Kajian ada mengatakan mana mana kosmetik atau pembersih yg ada pewangi tu memang bahan kimia dia banyak. So, nak selamat, tak kira lah kulit sensitif ke kulit kerbau ke, guna jelah kosmetik ataupun pembersih pape jelaa yang fragrance-free. SENANG kan?


E) Mengelupas. Ok, tanda terakhir ialah, kulit mengelupas. Bila kulit kita jenis sensitif, pastu kering, memanglah ada masalah nak maintain kelembapan kulit. The worst part is kulit akan mengelupas. Omakkk part ni memang sakit, aku pun ada time2 yang kulit aku akan mengelupas, salin kulit, ok, aku bukan ular. Tapi memang kadang2 tu mengelupas bila kering. Cuba tengok pembersih muka korang, ada tak  nama retinoids dan glycolic acid. Dua bahan ni memang akan buat kulit mengelupas. So cara paling senang, reduce kan penggunaan nya. SONANG je. Lagi satu yang korang boleh ambil kira ialah hyaluronic acid, bahan kimia ni boleh bantu untuk moist kan kulit korang. Tapi kalau malas, ataupun tak mampu nak beli, ada je cara lagi senang, makan je makanan yang berkhasiat, makanan yang anti-oksida dengan minum air sampai muntah. Cantiklah kulit nanti. CONFIRM! 



So, sekarang ni kalau korang ada tanda2 kulit sensitif, buat something ok? Sebab kulit ni mcm perut jugak. Dia nak makanan. Kalau kulit cantik, kan bagus. Sihat. Keluar tak pakai make up pun cool je. Hehe. Apapun, TENTUKAN JENIS KULIT ANDA. okbye. Kemain kau kan tengah training siap blogging, eh boring tol training ni. hahahhahaha bye again.

 

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...