Friday, June 29, 2012

Minuman Berdiskaun 9

SALAM!


Diskaun??? Lama gila tak blog pasal minuman or makanan yang berdiskaun. Sebenarnya bukan tak blog pasal tu je, pasal semua benda. Tengok bulan ni punya entry cuma 2. Itupun kalau entry ni berjaya aku post. HAHAHA. Nasib tak popular so takde lah orang kisah aku blogging ke tak. Hewhew.


So, minuman apa pulak yang berdiskaun kali ni?? Mestilah kopi. Apalagi, tak kan air masak pun nak diskaun. Huhu. Kebelakangan ni aku rajin shopping online. Memang istiqamah gila. Hehe. Salah satu web yang aku suka ialah Zalora. Memang aku luangkan masa ber jam-jam kadang kadang. Hehe. 


Bila dah luangkan masa berjam2 tu haruslah belikan. So bila dah beli,setiap kali beli mesti dapat Kupon San Francisco Coffee. hehe. Maka aku pun bawaklah peneman setia minum kopi aku, siapa lagi kalau bukan adik adik comel saya :))


Terpaksa curik gambar sendiri dekat Instagram sbb dah delete plak dlm phone sendiri.. Suka sangat kupon free dia. Cantikkkkk :P





Kupon lagi.. Malah akan dapat voucher lagi, lalu kena shopping lagi. Isk isk isk..







So ini lah kupon nya. hehe. BUY 1 FREE 1. Woohooo!!!




Peneman setia minum kopi saya. hehe. Nana takleh amik gambar dia sebab masa ni dia tgh comot layan Auntie Anne's. hahahaha.



 OMNOMNOMNOMNOM..


Selalu aku minum Extreme Mocha or Latte. Tapi hari tu aku choose Extreme Buzz tak silap aku. Memang kaw habis rasa kopi dia. Kalah Starbucks. Lepas ni mmg layan tu jelah gamaknya.. hehe.


Lepas minum kopi shopping! Eh ke shopping dulu br minum kopi, lupa plak dah. Byk sgt mkn semut aku ni.
 



Suka gila baju ni, tapi nak pakai kat Malaysia memang sasau laa kan. Buat kena gelak je. Heh.


So, siapa nak kupon kopi, rajin-rajin shopping kat Zalora.


kbye.


Monday, June 11, 2012

Kuat kah tulang anda?



SALAM!!!


Memulakan ayat dengan kata-kata aluan yang cambest. hehe. Perkara ini berlaku... MANAKATAKATAALUANNYA???!!!! heh. Last week, eh ke last week lg satu, tak kisah lah yang penting dah lepas, aku pergi shopping baju raya yang entah keberapa aku pun tak tahu dekat Jalan TAR. Mana lagi nak shopping, takkan nak tempah baju kat Rizalman plak kannn. Hatta Dolmat kerrr. So bila dah penat penat shopping tu kitaorg pun nak balik. Otw balik kitaorg mesti akan pergi kedai roti yang kat Sogo tu. Sebab ada roti Butter Sugar yang sedap mcm @&&#^&#^&#. Kena makan 3 baru puas nafsu. 


So, bila dah beli tu, kitaorg pun nak balik lah. Sekali area-area kedai roti tu ada Anlene buat roadshow pasal susu dia. Menjadi aku yang ringan mulut ni, aku tanya, "Ni buat apa? Jual susu je ke?" Mamat anlene pun kata, "Tak, harini boleh check, betapa kuatnya tulang awak." FYI mamat ni Chinese. Mmg betapa kuatnya tulang aku. hehe. Aku pun, "OOOOOOOOO Ok". Dia kata, "Cubalah". Aku pun pe lagi, " Ma, meh sini check tulang mama kuat ke dah nak reput hehe" Mama pun ikut je cakap aku, terus isi borang. 


Di sebab kan free, aku pun nak lah jugak buatkan. Sebab kalau mengikut usia aku, aku pun sepatutnya menitikberatkan pengambilan kalsium aku. Ewahhh. So, mama buat dulu.


 

Masa ni aku takut gila. Sebab dlu aku pernah buat yang jenis kaki tu. And tulang aku flat means tak elok sbb aku selalu pakai heels. Huhu.


 Mama mendengar dengan penuh teliti.



 Akak ni nak terangkan ke nak tidur??!!! hehe. Sorry kak. Thanks banyak-banyak. Muah muah.


So inilah kertas hasil ujian tu. Terbahagi kepada 3. Risiko tinggi, sederhana dan rendah. Risiko kita terhadap keretakan akibat Osteoporosis.Nasib baik aku risiko sederhana. Tapi yang tak best nya mama punya peratusan lagi rendah sebab mama rajin gakla minum susu.




Aku bukan taknak minum susu, tapi sejak di diagnosed ada lactose intolerance, mmg aku jarang minum minuman bersusu sbb lps tu mesti muntah, pening nak terberak la. Macam-macam hal. Aku banyak kali gak beli Anlene ni dr zaman belajar lagi, tapi mesti last2 bawak balik rumah simpan jadi kulat kat rak makanan. HAHAHAHAHA.



Sila baca petua kesihatan tulang. Bila part caffeine tu mama kata, Ha ha dia ni suka minum kopi. Aku punya reaksi, (-____-) maaa perlu laaaa. Pastu terus akak consultant tu kata, kena kurangkan. ZZZZZZZZZZ... *refuse to listen*


So, kesimpulan nya, kalau nampak roadshow mcmni sila lah try ujian ni, bagus untuk masa depan anda. Siapa yang tak suka minum susu tu sila start dr sekarang, sikit-sikit pun jadilah. Sebab kesan nya bukan sekarang dia akan nampak lagi 30 tahun ke, nak ke tulang reput cam dalam iklan tu. ahhahahaha. Tak sanggup den. Bagi yang ada masalah cam aku, consultant tu kata, minum sikit-sikit. Bila macam dah okay dengan sukatan tu, tambah sikit lagi, tambah lagi sikit. Yang penting try. Or kalau memang dah tak suka sangat susu, ambil produk lain seperti CHEESE. ohmai i loveee CHEESEEEEEE. omnomnom.


k dah tu je. bye.

boleh tak nk beranak sbb nak belikan anak aku baju ni. alallalala cute sangat.



#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...