Monday, May 21, 2012

Akibat Mengata Doktor


SALAM!!


Kejadian ini berlaku minggu lepas. Aku sakit mata. Dah sakit, haruslah menuju ke clinic. Sampai clinic, doctor takde, DANG! kena tunggu. Amboi macam aku tak kerja plak kan nak lepak clinic lelama. Setelah beberapa minit, doctor sampai. 


CHING!!!


Nama aku di panggil.


Doctor : Sakit apa ni?
Aku : Mata pedih.
Doctor : Dah lama?
Aku : Bangun pagi td bengkak pastu pedih cam gatal2. Kat office saya ramai sakit mata.
Doctor : *Kruik kruik* Doctor membisu. Mcm buat hal sendiri.
Aku : *dlm hati* Doctor ni pandai ke tak???!!! Mesti CGPA 2.6987 je. Tension plak aku.
Doctor : Masa sujud sakit tak?

Masa ni aku dengar dia kata "CUBA SUJUD"


Aku pun dengan sengal ubi kayu nya buat gaya sujud eh, tapi taklah kat lantai, macam aku tundukkan kepala aku. Pastu doctor tu pelik, Kenapa ni? Masa tu aku baru sedar yang aku salah dengar kot. 


HAKKKPTUIHHHHHHHHHHHH. 


Aku tahan je nak gelak. Control habis. Pastu doctor kata, "Ok saya bg ubat" Aku pun jawab,' Ha.. ok" terus blah sebab malu tahap terukkkk punya. Tu la padah kata CGPA doktor rendah. Buek. Amik kau ALLAH bayar cash.


kbye nak g cari baldi.


Ubat makan 2 kali je pastu malas.


Monday, May 14, 2012

Tuesday, May 8, 2012

Bizzy Body The Slimming Expert



SALAM!


Kita mulakan entry ini dengan menarik nafas dengan panjang. Fuhhhhhhhhhhhhhh. Ok dah. Jangan panjang sangat, lagi lagi kalau hembus nafas anda berbau. Euw. Ok, entry yang sepatutnya di tulis minggu lepas, eh ke minggu lepas lagi satu? Aku pun dah lost track. Uhuk Uhuk.


So, ceritanya bermula begini. Ada orang call suruh datang buat treatment. Of kos lah FOC, aku ni duit bukan riban-riban nak gi slimming center. Heh. So, aku pun pergi lah pada 7th April 2012. Masa pergi tu just buat registration je sbb on that day aku period. If kita period memang tak boleh buat treatment sbb dia akan ganggu kitaran darah kita. So, siapa nak gi buat treatment, sila pergi masa anda suci murni. Aku dapat dua kali treatment for free. Next appointment yang aku buat adalah pada 14th April 2012 dan 21st April 2012.


14th April 2012

Appointment pukul 10.30 pagi. Saja aku mintak paling awal sebab rumah aku sejengkal je dengan tempat ni, so senang. Cepat buat, cepat balik. So treatment yang aku dapat ialah : 

1. Ginseng Wrap (2 kali) 
2. Catena Machine (1 kali) 
3. Heat blanket (2 kali)
4. E-Intense Machine (1 kali)

Datang2 je dia bagi minum Teh rose laici. Sedap! Then dia suruh tukar baju.


Silky material


Bizzy body sopan lah.. bagi disposable panties. Selalu G-string.


Then lepas dah tukar baju, dia timbang berat sebab nak tengok result lepas treatment. Berat aku ialah 789097kg. Hakk tuiii. Lepas dah timbang berat, dia ukur semua badan, semua celah pendek kata semua lah dia ukur cuma ukur lilit jari jemari je dia tak ambik. Heh. First treatment ialah Ginseng Wrap. Dia sapu minyak ginseng dekat seluruh badan kecuali muka ye. Minyak ni melekit gila. Bau dia boleh laaaa, taklah wangi, but taklah busuk cam bau tahi. Lepas dah sapu satu badan, dia balut badan aku guna plastik. Ha, part ni aku dah rasa aku cam ikan pun ada sebab dia balut memang kaw kaw punya. Sampai nak terjatuh aku. Siap kena peluk beautician tu.


ha, ikan tu jelmaan aku sebenarnya.


Lepas dah siap balut, dia suruh aku baring. Punya lah susah sbb ketat gila, kalau tolak dengan satu jari pun aku rasa boleh jatuh dah aku. Bila dah baring, dia pasang heat blanket. Aku pun tetido. Udah la sejuk, pastu lagu semua nak Richard Marx saje. Memang sah sah lah nak suruh aku tidur. Sedar2 je badan dah berpeluh-peluh, beautician tu kejutkan. Hehe.




 

3 rolls dia guna nak balut aku. Entah berapa lapis aku pun tatau. Dah cam jd mumia. HAHAHA. Lepas dah bukak plastik tu, dia suruh aku lap ginseng tu, sebab nak pecahkan lemak. Aku pun lap la, udah ler melekit2. Lepas dah lap, aku baring balik. Dia tarik machine, then pakaikan macam tali kat badan. (dengar cam menakutkan gila) hahahaha.


Nampak tak yang aku buat box tu? Itu tali dia. 





Kemudian, bila tali tu dah dipasang dekat lengan, perut and peha. Beautician tu selitkan benda bulat tu. Benda ni tujuan dia untuk pecahkan lemak. Dia guna elektrik. Tapi dekat yg bahagian hitam tu, ada gel yang menghalang dr kita kena renjatan elektrik. Sapa pulak nak mati kannn. Nak cantik, cantik gak, tamau ah sampai mati keras. Benda bulat tu rasa dia sejuk sebab kena gel tu. And bila machine tu dipasang rasa cam kena gigit semut je dia vibrate2. Hahaha.


Catena Machine


After treatment tu habis, dia timbang balik. Total lost 9cm. Di semua celah lah pendek kata. Brilliant! Balik tu aku rasa aku kurus dah. Terus gi makan Tako kat jusco. Sengal!


21st April 2012



2nd treatment ialah seminggu lepas dari first treatment. Kali ni baju lain! hehehe. Baju ni best sbb cotton.


 


 nk tukar lampu bilik air aku camni la. Romantik sket. Cela cela kat muka pun nampak samar2, taklah down sgt tengok muka sendiri. Heh.


Basically, benda sama yang aku buat mcm minggu lepas, dia pakai kan ginseng wrap. Then dia suruh baring. Cuma beza kali ni dia ada pecahkan lemak bukan guna machine last week tu, dia macam lagi dasyat pemecahan lemak nya. Omakkk, lemakk anda dalam bahaya! Dia cakap dengan aku, "Badan you sudah cantik maa, cuma punggung je besar" Aku benci word CUMA tu. Hakk tuii. Nama machine tu E-Intense. Masa pecahkan lemak tu, memang dia tekan gila punggung aku. Kesian lemak lemak aku terseksa. Maafkan kakak lemak. Bukan kakak tak cintakan kau. Puii.


Ni aku google, kuar gambar ni. ni lah kot E-Intense machine tu. Aku tak nampak sbb gelap, hbs treatment aku baring, dia bwk keluar machine tu.


Alat pecah lemak tu lebih kurang macam ni style dia. Aku tak sempat amik gambar. Dia petak. Ni bulat. Gigih aku meng-google.


Kali ni lebih rileks. Banyak aku borak2 dengan beautician tu.Siap suruh aku rajin datang sbb dia suka borak dengan aku. Amboii banyak pulak duit aku. Bagi free bolehlaaa. :P


Then after treatment habis, dia bawak aku ke bilik consultation. Dia tanya apa comment aku semua. Ada nak tanya dia apa2 ke. Pastu kitaorg borak2 lagi. And tiba tiba aku teringat pasal Vitamin C. 


Aku : Rachel aa, sini you ada buat untuk Vitamin C tak?
Rachel : Aiya, you mau itu ka? Ada ada. Kita sapu. Bagus lo vitamin C, kasi muka you cantik, anjal bla bla bla.
Aku : Berapa kalau I nak buat?
Rachel : Kalau you mau buat Vitamin C, kena facial dulu lo, 5 kali facial, special price rm 350. Vitamin C sapu 3 kali. 
Aku : *dalam hati* Omakkkk mahal nya. Ok takpe2, you bagi I serum tu je boleh?
Rachel : Boleh boleh. Special price kasi you.


Harga sebenar rm 100. tapi aku beli dengan harga rm 68 :) Maaflah, aku main campak je resit ni dlm handbag. Siap keronyok kan lg. Dasarrr


Kecik nak mampus. Cod Liver Oil aku sejuta kali ganda lagi besar *over*


Nutri Skin. Made in Switzerland.


Kesimpulan nya, Bizzy Body best! Masa aku datang dia tanya, you nak buat treatment terus or you nak I promote dengan you treatment yang lain? Terus aku cakap, I nak treatment terus. Dia pun terus bawak aku. Ni aku suka. Takyah paksa-paksa orang. Thumbs up! :)


Layanan memang first class. Tempat selesa. And dia mcm sangat risau kalau aku tak selesa, asyik tanya je. Aku plak yang rasa nak sound, "I'm okayyyyyy" HAHA.


Antara nasihat2 dia, makan buah kiwi or dragon fruit. Ada entry aku before this yang pasal Masker Kiwi tu. Kenapa Kiwi bagus. And dia kata, kebanyakkan perempuan Malaysia ni memang kurus, tapi tak firm. Hahaha. Dia pesan lepas pecahkan lemak tu, dia suruh aku pakai girdle sebab nak shape kan balik badan. Memang lepas pecah lemak tu, jadi badan lembik ok. Memang petang tu gak aku gi beli girdle. Hahaha. 


Next entry aku akan tulis pasal Vitamin C tu. Sebab aku pakai pun jarang, asyik-asyik lupa jerr walhal sayang nak pakai, mahal nak mampusss. Hehehe. 


Ok dah tu je, siapa malas exercise dan ada duit berkepuk-kepuk boleh lah pergi Bizzy Body sebab diaorg best. Ke cawangan Bukit Tinggi je yang best? Kuang Kuang Kuang.


Kbye.


P/s : Ibu mengandung kalau nak kuruskan badan bolehlah suruh suami sedia MYR14,000. Confirm jadi Maya Karin :p






#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...