Saturday, April 14, 2012

8 cara kurangkan kedut

SALAM!!!


2012, Umur aku 25 tahun. Bagi aku 25 tu mcm dah agak dewasa. Dulu, aku selalu tertanya-tanya, mcmana rupa aku bila aku 25 tahun. So, sekarang aku dah tahu. Heh. Sama je mcm tahun tahun lalu. Huahahua.


Tapi start this year, ada satu benda yang sangat menganggu aku. Benda itu ialah AGING DAN WRINKLES. Bukan nya aku tak nak tua, aku nak age beautifully, tapi aku taknak sebelum masanya. Ada sesetengah orang, aku nampak tua sebelum usia. Uwaaaaa. Nak pakai SK-II memang tak dapek laaa. Makan ribu.


So di sini ialah 8 cara macamana kita boleh kurangkan wrinkles.


1. Elakkan cahaya matahari


Aku tak kata cahaya matahari tak bagus, kalau yg belah pagi tu mmg aku saje tadah muka aku bg kena matahari. Tapi bila tengahari, omakkk aii panas nya kemain. So kalau boleh elakkan cahaya matahari, pakai baju terang, pakai topi, pakai shades, pakai laaa pape yg boleh bg kita tak kena cahaya matahari sangat. Bukan apa, bukan takut kedut je, kanser kulit pun kita boleh dapat if kena expose over over.


2. Pakai sunscreen


Tolonglah pakai protection di muka. Aku menyampah tol bila orang kata, "muka aku tak pakai pape, natural beauty". Nak je aku jawab, "haaa yolah, natural lah sangat, kang kalau dah sakit, tak dapek den nak nolong". Bukannya nak suruh mekap cam wayang cina tu, at least kena pakai sunscreen. Paling koman pun SPF 15. And pakai sunscreen 30minit sebelum muka kena cahaya matahari. Nak bg sunscreen korang tu meresap ke akar umbi kekdahnya. Kalau boleh, cari yang bahan dia ada zinc or titanium oxide. Sekarang aku dah pakai SPF 50. Nampak tak betapa takutnya dengan kedutan. AHHAHAHA


3. Jauhi diri dr asap asap jahat.


Asal benda tak elok je, dia masuk kumpulan jahat. Kita nak yang baik-baik je. Jahat jahat tak kawan eh. So, mari lah kita sama-sama menjauhi asap-asap. Tak kira lah, asalkan nama asap semua tu boleh menyumpang kepada kedutan. Asap rokok ke, asap kenderaan ke, asap bakar satay ke pape jelah. nampak asap je lari. Tapi kalau rumah terbakar berasap sila tolong, jangan nk lari plak. Heh.


4. Start mengunakan produk anti-penuaan


Part ni aku belum start lagi sbb adik aku kata aku muda lagi. Umur 30 baru start. SERIOUSLY??? tp takut gak. Banyak sekarang produk2 anti-penuaan, yang boleh elakkan kedutan semua. Pilih yang mana bagus. Mengikut gaji aku sekarang, aku rasa Loreal aku mampu lah kot. Nak jadi ala-ala Maya Karin konon nya. Pui... Tapak kaki Maya Karin pun tak dapek.


5. Elakkan merokok


Part ni malas nak cakap banyak. Sbb mmg dah tahu rokok tu tak elok, bukan hanya untuk kulit, semua benda pun rokok tak elok. Dengan merokok, bahan-bahan dlm rokok tu akan rosakkan sel-sel dalam badan kita, so di situ akan terjadi nya premature wrinkles. Cuba tengok orang sekeliling korang, yang merokok dan yang tak merokok, muka derang mesti lain. Yang tak merokok tu nampak muda jeee. (Look at ME! ME! :P) Dua benda yang berkait rapat ialah, berapa banyak korang merokok dan berapa lama korang dah merokok. Kalau hisap pun banyak, dari kecik pulak tu, so bila orang tegur cakap muka kau tua, kau jangan nak touching, its your own fault! Huh!


6. Tidur pandang atas


Bila tidur, jangan meniarap. Bila korang meniarap, muka yang comel tu tadi akan tertekan dengan bantal, so bila bangun akan ada line line kan. Lama kelamaan, line line tu boleh tukar jd kedut. Ada faham? So tidur gaya lain ok?


7. Guna pelembap


Cari pelembap yang elok. Beli. Tempek kat muka. Pelembap ni boleh melembutkan kedutan. Lelama hilang (ni kalau orang rajin pakai je, yg malas mmg muka berkedut-kedut)


8. Jauhi stress

Bila kita stress, badan kita akan keluarkan aging hormone yang di panggil Cortisol. So kalau korang rasa cam korang nak stress, stop apa yang korang buat, tarik nafas, pejam mata jap, rileks. Takde benda dalam dunia ni yang takleh setel walaupun sebesar mana pun masalah tu. Ok? Kalau ada masalah, msg aku kat fb, meh aku tolong setelkan. Hehe. Antara cara-cara lain yang boleh hilangkan stress, ni apa yang aku selalu buat, aku akan bukak lotion aku yang sangat wangi tu, aku bau. Then aku rileks. Pejam mata. Kalau kat rumah, aku buat yoga. Dulu masa belajar UIA, kalau stress ke geram ke apa, gi karaoke. Hahahha. Buat je apa-apa yang boleh tenangkan korang, kalau korek hidung boleh tenangkan korang, koreklaaaa...


dr gaya nyanyi tu stress betul. HAHAHA.


shopping hilangkan stress :P


yoga tepi pantai konon


Kesimpulan nya, siapa nak cepat tua, takyah lah buat benda-benda ini. Aku tak kisah pun. Just share kan kan? Siapa yang sayang diri dia, buat eh eh. Jaga diri baik-baik. Tak rugi pun :)


Take care kesayangans. Kbye.


2 comments:

  1. patot la lately muka kedut2.. asap2 jahat pnye keje rupenye.. cess!!

    ReplyDelete
  2. ahhahahaha asap fifi tu u kena elak okeiii hahaha

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...