Thursday, April 26, 2012

Masker Kiwi


SALAM!!!


Hoh Hoh Hoh. (Apasal mulakan entry dengan bunyi khinzir? motif sangat) Aku sebenarnya nak, nakkkk sangat update pasal Bizzy Body. I went there for two weeks. Woohooo. Tapi entry tu panjang berjela, nak taip tak sempat. Apasal sekarang pukul 10 aku dah menguap macam orang gila? Dulu, maintain je kul 2 ke 3. Tanda penuaan? Oh NOOOOOOOOOOOOO!


Oklah, mari cerita pasal masker kiwi dulu. Kiwi Miwi Yums Yums. Ok, serious sekarang! Heh. Masa aku pergi Bizzy Body hari tu, consultant I yang cantik auw! Nama dia Rachel. Sangat baik dan tak kedekut ilmu kecantikan. Dia bagi macam-macam petua. Tapi salah satu petua yang dia bagi ni ada kaitan lah dengan entry ni kan. Dia kata makan buah kiwi and dragon fruit bagus untuk membuang toksik yang menutupi sel sel badan kita. 


Faham tak? Aku pun blur sebenarnya masa dia cakap tu. Tapi biasa lah aku mesti nak buat buat faham. Bodoh sombong adalah perangai biasa. Hahahha. Ini mengikut pemahaman aku, badan kita ada sel kan? Mesti dekat sel-sel tu ada penghujung dia dimana berlakunya penyedutan nutrien atau vitamin dari apa yang kita makan atau pakai. So, kalau kita banyak sangat makan makanan yang tak elok, benda tu akan tertutup. So, khasiat tak dapat di serap. Tapi dengan memakan buah kiwi ataupun dragon fruit, dia boleh bersihkan pembukaan salur tu. Salur? Ek.. alaaaa ok apa explanation aku.. Better than nothing. haha.


So, aku pun beriyalah pau mak aku suruh beli buah Kiwi. Bila mama tanya apasal tiba-tiba nak makan buah kiwi, aku pun explain lah macam yang kat atas tu tadi. Ewahhhh. Mak aku pun cam "Oh yekeee, ha amik amik" ecehhh.


Aku pun makan sikit buah kiwi tu siap bawak bekal gi office lagi, sikit lagi aku buat masker. Yelah, kulit pun nak rasa gak kebaikan buah kiwi. Skin to skin. Hahaha. Maka nya aku pun buatlah.
  

Cara-cara nya :


1. Amik buah kiwi.
2. Belah dua.
3. Korek korek isi dia.
4. Lenyekkan sekuat hati. eh jgn lenyek biasa biasa je.
5. Masukkan brown sugar.
6. Tempek kat muka
7. Baring, bukak econ
8. Tunggu 15-20 min sampai dia keras
9. Basuh
10. Menjerit, "Wahhh segarnya muka saya!"
11. Lap slow slow dengan tuala bersih sambil kata "Kerana diriku begitu berharga"


 Kiwi yang telah aku lenyekkan dgn penuh kasih sayang


 muka fefeeling 


 kulit menjadi tegang rasa cam sweet 16 


Kita bawak bekal kiwi gi office hik hik


okbye. 



Saturday, April 14, 2012

8 cara kurangkan kedut

SALAM!!!


2012, Umur aku 25 tahun. Bagi aku 25 tu mcm dah agak dewasa. Dulu, aku selalu tertanya-tanya, mcmana rupa aku bila aku 25 tahun. So, sekarang aku dah tahu. Heh. Sama je mcm tahun tahun lalu. Huahahua.


Tapi start this year, ada satu benda yang sangat menganggu aku. Benda itu ialah AGING DAN WRINKLES. Bukan nya aku tak nak tua, aku nak age beautifully, tapi aku taknak sebelum masanya. Ada sesetengah orang, aku nampak tua sebelum usia. Uwaaaaa. Nak pakai SK-II memang tak dapek laaa. Makan ribu.


So di sini ialah 8 cara macamana kita boleh kurangkan wrinkles.


1. Elakkan cahaya matahari


Aku tak kata cahaya matahari tak bagus, kalau yg belah pagi tu mmg aku saje tadah muka aku bg kena matahari. Tapi bila tengahari, omakkk aii panas nya kemain. So kalau boleh elakkan cahaya matahari, pakai baju terang, pakai topi, pakai shades, pakai laaa pape yg boleh bg kita tak kena cahaya matahari sangat. Bukan apa, bukan takut kedut je, kanser kulit pun kita boleh dapat if kena expose over over.


2. Pakai sunscreen


Tolonglah pakai protection di muka. Aku menyampah tol bila orang kata, "muka aku tak pakai pape, natural beauty". Nak je aku jawab, "haaa yolah, natural lah sangat, kang kalau dah sakit, tak dapek den nak nolong". Bukannya nak suruh mekap cam wayang cina tu, at least kena pakai sunscreen. Paling koman pun SPF 15. And pakai sunscreen 30minit sebelum muka kena cahaya matahari. Nak bg sunscreen korang tu meresap ke akar umbi kekdahnya. Kalau boleh, cari yang bahan dia ada zinc or titanium oxide. Sekarang aku dah pakai SPF 50. Nampak tak betapa takutnya dengan kedutan. AHHAHAHA


3. Jauhi diri dr asap asap jahat.


Asal benda tak elok je, dia masuk kumpulan jahat. Kita nak yang baik-baik je. Jahat jahat tak kawan eh. So, mari lah kita sama-sama menjauhi asap-asap. Tak kira lah, asalkan nama asap semua tu boleh menyumpang kepada kedutan. Asap rokok ke, asap kenderaan ke, asap bakar satay ke pape jelah. nampak asap je lari. Tapi kalau rumah terbakar berasap sila tolong, jangan nk lari plak. Heh.


4. Start mengunakan produk anti-penuaan


Part ni aku belum start lagi sbb adik aku kata aku muda lagi. Umur 30 baru start. SERIOUSLY??? tp takut gak. Banyak sekarang produk2 anti-penuaan, yang boleh elakkan kedutan semua. Pilih yang mana bagus. Mengikut gaji aku sekarang, aku rasa Loreal aku mampu lah kot. Nak jadi ala-ala Maya Karin konon nya. Pui... Tapak kaki Maya Karin pun tak dapek.


5. Elakkan merokok


Part ni malas nak cakap banyak. Sbb mmg dah tahu rokok tu tak elok, bukan hanya untuk kulit, semua benda pun rokok tak elok. Dengan merokok, bahan-bahan dlm rokok tu akan rosakkan sel-sel dalam badan kita, so di situ akan terjadi nya premature wrinkles. Cuba tengok orang sekeliling korang, yang merokok dan yang tak merokok, muka derang mesti lain. Yang tak merokok tu nampak muda jeee. (Look at ME! ME! :P) Dua benda yang berkait rapat ialah, berapa banyak korang merokok dan berapa lama korang dah merokok. Kalau hisap pun banyak, dari kecik pulak tu, so bila orang tegur cakap muka kau tua, kau jangan nak touching, its your own fault! Huh!


6. Tidur pandang atas


Bila tidur, jangan meniarap. Bila korang meniarap, muka yang comel tu tadi akan tertekan dengan bantal, so bila bangun akan ada line line kan. Lama kelamaan, line line tu boleh tukar jd kedut. Ada faham? So tidur gaya lain ok?


7. Guna pelembap


Cari pelembap yang elok. Beli. Tempek kat muka. Pelembap ni boleh melembutkan kedutan. Lelama hilang (ni kalau orang rajin pakai je, yg malas mmg muka berkedut-kedut)


8. Jauhi stress

Bila kita stress, badan kita akan keluarkan aging hormone yang di panggil Cortisol. So kalau korang rasa cam korang nak stress, stop apa yang korang buat, tarik nafas, pejam mata jap, rileks. Takde benda dalam dunia ni yang takleh setel walaupun sebesar mana pun masalah tu. Ok? Kalau ada masalah, msg aku kat fb, meh aku tolong setelkan. Hehe. Antara cara-cara lain yang boleh hilangkan stress, ni apa yang aku selalu buat, aku akan bukak lotion aku yang sangat wangi tu, aku bau. Then aku rileks. Pejam mata. Kalau kat rumah, aku buat yoga. Dulu masa belajar UIA, kalau stress ke geram ke apa, gi karaoke. Hahahha. Buat je apa-apa yang boleh tenangkan korang, kalau korek hidung boleh tenangkan korang, koreklaaaa...


dr gaya nyanyi tu stress betul. HAHAHA.


shopping hilangkan stress :P


yoga tepi pantai konon


Kesimpulan nya, siapa nak cepat tua, takyah lah buat benda-benda ini. Aku tak kisah pun. Just share kan kan? Siapa yang sayang diri dia, buat eh eh. Jaga diri baik-baik. Tak rugi pun :)


Take care kesayangans. Kbye.


Sunday, April 8, 2012

Weekend Gateway #3


SALAM!!!


Wahhhh Weekend Gateway dah sampai yang ketiga... Yihaaa.. More Gateway to come.. InsyaALLAH...


So, actually this trip di plan agak mengejut gak. Seminggu before pergi tetbe plan. Aku mmg on saje. And suddenly Ridza, one of my best friend agreed nak bg kitaorg tumpang rumah dia. CHING CHING! save our $$$$$$$$$. So, trip ni terdiri dr 3 org, aku, ridza and narut. Ya, Ya M the only girl. But dua mamat ni jaga I elok okei. Nak amik kesempatan pun derang malas. HAHAHAHA.


We went to Perak! Basically Taiping, Kuala Kangsar and Ipoh. Kitaorg bertolak malam Jumaat after kerja, since we work at the same place mmg mudah sangat lah kannnn. Sampai dalam lebih kurang kul 1, ke satu lebih tah. Sampai2 je, borak2 jap then tidoooo... Mak Reza AWESOME :))


The first day, pepagi lepas subuh kitaorg gi jogging dekat Taman Tasik Taiping. Tempat ni sangat cantik ohhhh. Ridza kata ni tempat cete sepi berlakon. Yang part Eja tu.


tasik yg tenang. jgn di sangka air yg tenang takde buaya. *tetbe



fefeeling eja sangatttt


After jogging cam nak mati penat, kitaorg gi makan kat Yat Sun (kedai kopi). Makan breakfast then balik siap2 nak gi jalan2.


Tempat pertama, kitaorg pegi ialah Kuala Kangsar Bandar Di Raja. First time gi Kuala Kangsar. Di Kuala Kangsar, kitaorg g pasar apatah. Then tempat Kraftangan, Istana Iskandariah, Muzium Di Raja Perak(ni dok kat luar je). And paling excited tengok MCKK, sekolah yang menghasilkan banyak pemimpin.


biasa laa tu.


fefeeling anak raja puiii


After Kuala Kangsar, kitaorg gi Kuala Sepetang! The famous Mee Udang Mak Jah. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap mee ni sedap ke tak. Sbb ni first time aku makan mee udang. Heh. Tapi b4 makan, Along call swuh makan Sambal Udang dia, tapi banyak sgt portion dia. So, aku pilih Mee Udang. Cam rasa Mee Bandung. Then after makan Mee Udang, Mak Ridza ajak pergi Jetty.


Mee Udang Mak Jah.


Wahhh lu layannn gila mee udang ehh hahaha


After that, kitaorg pergi Burmese Pool and Makan Cendol. (pemls gila nak tulis)



Tandas BMW. (BMW sangatttttttttttttttttt)


Ada insiden yang agak menakutkan berlaku masa dekat Burmese Pool ni. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee nasibaik kitaorg selamat. Alhamdulillah. Ok bukan insiden yg melibatkan tandas BMW eh.


Malam tu kitaorg ingat nak makan kueh teow boli.. ke doli.. coli.. pape ahhh.. tapi full house. hampa hampa. Then gi kat the Gate. Makan Cabonara. Yummehhhhhh :) After makan, kitaorg jalan2 dekat Taiping Sentral. Masa ni aku dah ngantokkkk GILA. Penat satu hari berjalan. Otw balik kitaorg gi Taman Nyah. Penuh gila mak nyah, pengsan aku tengok. Kalah I ok, mantap tak ingat donia.. Ohhh abang oiiii, Nabi tak ngaku Umat banggggg.. bebawak laaa insap.


This is why I hate flats! Pendek.


2nd day!


Kitaorg bangun takla pagi sangat. Boleh laaaa sbb penat. Then sarapan Bihun Sup. Aku tengok orang2 taiping ni breakfast meriahhh makk aii. Siap ada yg makan nasi ayam pepagi motif sangat.. Confuse. Aku ni breakfast ke lunch? This aint right mannnnn haha.


Motif breakfast bihun sup. Patot makan roti bakar hahaha.


Then kitaorg balik ke KL. Otw balik singgah Kellie's Castle. *betul ke aku eja tu, kang tak pasal roh dtg kacau aku plak, maafff* Aku mmg dah lama nk g istana ni. Entah kenapa. Mungkin sbb aku bakal jd permaisuri dan duduk dalam istana? Ataupun, aku mmg sebenarnya anak raja, mak aku tertukar masa kat hosp. Option 1st tu nampak lg menarik.. Kau igt ni telenovela nk tertukar2 anakkkk.





Aku taknak komen banyak istana ni. Takutttt. Tapi aku happy dapat gi. After gi sini, kitaorg lunch. Then balik. Malas gilaaaaaaaaaaaaa nk tulis kan. :P gambar sangat banyak. Tak larat den nk upload.


Paling best ialah trip ni memakan belanja rm 61 hengget jeee.


So, mari kita jalan jalan lagi! Thanks to keluarga Ridza esp his mommy. And also my two BFF, Ridza and Narut :)


kbye.

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...