Sunday, November 20, 2011

Malaysia 1 Myanmar 0

SALAM!!!


Apa anda buat di hujung minggu? Pergi spa? Duduk mengangkang di depan peti televisyen? Tidur mati? Tgk movie? Makan seolah2 tiada hari esok? Heh. Aku? Tgk bola. Bola? Bola? Bola Sepak? Rasa nak sepak muka sendiri.


Dulu... aku pernah lah tgk bola, sekali je kot masa high school walaupun satu benda pun aku tak faham. Aku tgk Man Utd VS Arsenal. Man U menang masa tu. Itu jelah yang aku tgk. Tu pun rasa dah cool. NOT. Tapi smlm, aku berjaya menonton bola buat kali kedua dalam hidup aku, YA, bagaikan bertemu kekasih lama. pui.


Menonton perlawanan bola pun sebab mr. fate. Terpaksa akur, seharusnya menonton wayang, tapi nampaknya bola lebih mengiurkan. Tapi bila aku tanya antara bola dgn aku siapa yang bakal di pilih, jawapan nya AKU. ya, mungkin nak menjaga hati perempuan ku. HAHAHAHHA. gelinya.


Maka jam 4.45pm, telah tercongok di kedai. Order air siap, tapi kuasa ALLAH. hujan lebat, kilat sambung menyabung, maka ASTRO menunjukkan kelemahan nya. SERVICE IS CURRENTLY NOT AVAILABLE. Wakakakakakakkaa. Mungkin aku org paling gembira di kedai tu. Namun mr. fate dan rakan masih tabah menunggu, sekali tokei kedai tutup terus TV. AHHAHHAHAA. Down!


Aku dah happy, yihaaa boleh menonton wayang! Namun sangkaan ku meleset, "JOM, kita cari kedai lain" (-_________________-) PASRAH.


Lalu pergi cari kedai, hampir 5 kedai tgk, semua penuh. Then last2 jumpa. Maka, menonton lah si dia, aku yang tak faham pape pun layan jelahh.. Tapi kalau dah tak tahu kan, mesti nk tanya, maka mulut aku asyik, "eh kenapa mcmtu? eh tu tanda nya apa? eh? eh?" Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Tapi takleh pakai dah pepatah tu, sebab skrg dah ada GPS. Huhu.


But, one thing yang best bila tgk orang lelaki tgk bola ialah semangat diaorg. Derang mcm bersatu as a team. Kan? Only if they r on the same team lah kan. Hahaha. But smlm sebab Malaysia lawan Myanmar, haruslah sokong Malaysia, nk kena pijak sokong Myanmar.


Kalau korang perasan, banyak org boleh bersatu as a team when it comes to sport. Banyak kelebihan sukan ni, boleh rapatkan hubungan, boleh bagi sihat tubuh badan. Kan? Kan? Sebab tu dalam Islam pun kita di galakkan bersukan. Ada satu movie yang best ni dulu aku ada tgk, yang berlakon nya ex bf aku, The Rock. Kahkahkah. Tajuknya, Gridiron Gang. Cete ni based on true story okei. Pasal budak2 kat pusat pemulihan akhlak yang perangai teruk, then pelatih dia fikir cemana nk satukan derang, last2 menjadi dengan buat team rugby tak silap aku. Best gilaaaa!!!


So kesimpulan yg aku boleh buat, sukan itu bagus. Tapi tak bagus bila tak dapat tgk wayang. Heh. Last but not least, Tahniah Malaysia. Nanti final aku tgk lagi kalau mr. fate ajak.




Aku rasa mamat baju no 13 tu yang gol kan. Apalaaa koni Amni.


kbye!

1 comment:

  1. malaysia sudah menang... tunggu malaysia menang worldcup pulak..

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...