Tuesday, September 13, 2011

Tunggu sekejap Part 1



SALAM!!!



Tajuk entry macam tajuk lagu. Sebenarnya aku tatau nak buat title apa. Tapi rasa nya title tu adalah kena mengena dengan apa yang bakal di perkatakan. Ehem ehem. So, mari lah dengar aku membebel, eh bukan membebel, nak share buah fikiran, buah dada takleh share eh, tu untuk laki i jewwww. *mintak pelempang*



tunggu tepi laut? bwk payung okei in case hujan.



Ok, word tunggu, waiting, menanti common tak dalam hidup korang? Kalau dalam hidup aku agak common lah. Sebenarnya, menunggu ni boleh di aplikasikan dlm macam2 situasi tapi mostly bila dengar word menunggu, benda first yang akan muncul pasti lah something related with love. setuju?



" Every time I try to give up, my heart says.... ONE MORE TIME"



Aku cakap in general, sebenarnya bila kita menunggu, ada satu benda yang akan ikut sekali bersama kita (ni bukan hantu eh), benda yang aku maksudkan tu ialah harapan/hope. Bila kita tunggu something/someone mesti automatically kita akan berharap. Jangan tipu okei. Memang kita akan ckp tak berharap dah (aku pernah je poyo ckp cmni, padahallllll), tapi mesti ada sikit harapan tu. Kalau tidak, buat apa kita tunggu? Saje? Suka-suka? Amboi kau, dah tak de kerja lain ke kiah?????



Selalu aku dengar orang cakap benda ni :



" Jangan menanti pada benda yang tak pasti "



Pada pemandangan aku lah kan, benda yang kita tunggu memang semua nya tak pasti lagi. SEMUA. Sebabnya, berbalik pada Qada' dan Qadar, kalau siapa yang faham konsep ni mesti akan faham kenapa aku rasa semua benda yang kita tunggu ni tak pasti lagi. Ke still tak faham??



Contoh situasi:


Amni bertunang dgn Bruce Willis. Kemain happy nak kawin ni. Menanti saat bahagia. Auwwww! Lepas tu, tetbe Bruce takleh nak kawin, busy shooting. Ha, kata lah kan, orang yang dah bertunang tu sometimes ada yang fikir, korang pasti kawin, tapi kalau dah ALLAH kata kunfayakun. Kalau bukan jodoh tak jadi gak kan. So, sekarang faham tak? Kepada yang dah bertunang tu jgn attack aku plak. ni contoh je okei. ni yang paling simple.




Benda yang kita tunggu memang semua tak pasti. Apa pun boleh jadi dengan kuasa ALLAH. Kita hanya boleh berdoa, berharap yang terbaik dan hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk kita.




" Waiting is painful, forgetting is painful, but not knowing which one to do is the worst kind of suffering "




Pointnya sekarang, siapa yang rasa nak menunggu tu, kalau rasa mampu, teruskan. Kuatkan diri. Kalau rasa tak, jangan paksa diri. Kadang-kadang kita kena pentingkan diri kita jugak kan? Tak salah. Diri sendiri pun kita tak boleh nak handle, nak handle orang? Lupakannnnn.




ye, aku sgt excited bila dpt surat. gila oldschool kann. tapi dlm gmbr tu bukan aku okei.




Kalau orang tanya aku, kenapa aku nak keep waiting? Jawapan aku, aku tak nak aku menyesal satu hari nanti. Aku paling tak suka feeling bila, "alaaa, kalau aku buat mcmni kannn mesti jd mcmni" tapi hakikatnya aku buat yg sebaliknya. So feeling "WHAT IF" tu aku paling tak suka. Sayang tu memang lah kan, tapi kalau fikir balik, sayang tu boleh di pupuk/hilang di makan masa, tapi kalau penyesalan ni. adoi laaaaa.. smp bebila ingat. Makan dalam beb.



" Hope for the best, prepare for the worst "



So, bab2 menunggu ni mmg byk lagu sedih2 kannnnn. Antara nya lagu ni. Layannnnn..



1 comment:

  1. ~Penantian~

    Aku yang masih disini
    Bertemankan rindu dalam sepi
    Aku yang setia menanti
    Menunggu jawapan yang belum pasti
    Akan ku temui bilakah direstui nanti

    Aku yang kian sendiri
    Bertemankan bayangan diri
    Aku yang masih lagi mencari
    Menatap gambaran lukisan hati
    Yang engkau beri tika mula
    Aku kenali dulu

    Penantian satu penyiksaan
    Dalam kebuntuan sebuah kesampaian
    Di ulit sepi yang mencengkam
    Bagaikan pungguk merindukan
    Bulan purnama
    Indahnya nun jauh di sana

    Cinta ku beraja di hati
    Tiada istilah tandus lagi
    Hanya takdir yang akan merestui
    Pertemuan perpisahan ini
    Kita berdoa bersama
    Agar bertemu kita semula....

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...