Monday, July 25, 2011

from kedah with love



SALAM!


Hai.... tengok tajuk tu mcm best je kan.. Macam je. jangan tetipu sangat lah kan. *sedih* Aku kemain excited dgn trip ni sbb yelah pergi rumah my bestfriend. aku dpt perlepasan pergi pun sebab ada wedding. kalau tak mmg tak dapat wehhh.



jangan tertipu dgn harga tiket. MACAM HARAM.



Maka seperti yg dirancang, pergilah aku berlepas ke kedah selama tiga hari. Tapi bus stop kat kangar. Naik2 bus je, I was like "WHATHEFISHCAKE??!!" ni ke bus nya???!!! terus membayangkan betapa jauhnya kangar tu. 8-9 jam ya. kalau teran anak nk beranak dpt berapa dh. cuba kau kira.


AKU STRESS! tp aku tabah, aku berdoa, tolonglah bg aku duduk sorang2 je, jangan ada orang sebelah aku. kalau tak memang aku E-M-O. alhamdulillah takde. LEGA. tapi.... org seat sebelah ANNOYING NAK MATI. ok dah tamau mengata. ALLAH marah.




tengok seat dia!!! stress. stress. mmg aku tak naik dah transnasional. kecuali kalau terpaksa. bukan apa, ikut logiklah weh, tlgla kau consider sikit, 8-9 jam tu lama ok. kau fikir ke pasal tulang belakang aku? ada? kalau bus lain boleh buat, kenapa tidak kau?


aku serious tak kisah byr mahal kalau selesa. tapi kalau bayar mahal, tapi dpt camni mmg aku tak suka. masa balik, naik SRI MAJU. harga rm 38 je. seat mmg terbaik. THANK YOU SRI MAJU!


sepanjang perjalanan, aku hanya dengar lagu. dengar lagu. dengar lagu. pura2 tidur nak elak kena kacau. tidur betul. msg2. tidur lagi. makan tak. sbb aku puasa. tidur bgn dekat 15kali pun tak sampai2. gilasiputbus ni. takpe. aku pun menikmati pemandangan.


satu benda aku paling suka kedah ialah HIJAU. sejuk mata tengok padi. LIKE SERIOUSLY. mmg breathtaking habisssss. semestinya priceless :))



maap, kamera capuk.



ni sebenarnya gambar burung terbang, tapi sebab kamera capuk, bus bergerak plak tu, seat tak best(nak gak) maka burung nampak cam kutu kat kepala. yg hitam2 belah kanan tu maksud aku burungnya.


lepas dah gedebak gedebuk tu. maghrib gaklah aku smp. TABAH. chah pun amik. pastu balik rumah. buka puasa. then terus buat kerja tolong2 buat goodie bag. pastu TIDO.


TEPAT JAM 12. Perut aku lain macam. Kepala aku pening. Dada aku sakit. Aku dah, "ok tlglah jangan kena asthma attack kat rumah orang" aku pejamkan jugak mata. tido gaklah sekejap. pastu entah kul berapa. tekak aku loya tahap ayamas. bangun muntah2. mmg pusing gila kepala.


Muntah2 berak2 non-stop. Rasa cam nak nangis. Kenapa nak sakit sekarang. Ni rumah orang. Menyusahkan orang. Tapi apa boleh buat. Kunfayakun. Tabah lagi. Muntah dan cirit tanpa henti selama beberapa jam. dr malam, pagi, petang.


Badan toksah cakap, lemah cam orang tak makan seratus hari(saja hiperbola sket) Sadisnya, aku sempat tukar baju. tapi bila turun memang rasa nak pengsan. Tak leh berdiri. Last2, ya, aku tidur je. Tak turun langsung masa majlis. TAHNIAH AMNI. Ada aku tersedar, ecah tgk aku kejap2, badan dah panas.


Yang takleh blah, time anak sedara dia masuk, "kak amni, maksu soh tgk kak amni ok ka?" Masa tu aku tengah nangis sbb badan mmg tak sedap gila. tapi aku tahan, sbb aku tahu, kalau aku dah penat, aku nangis lagi mmg chances nk kena asthama attack sgt tinggi. Pastu anak sedara chah kata, "kak amni awat teriak?" Tetiba aku teringat, dang! aku pakai eyeliner tadi, habislah smudge. HAHAHAHAHAHHAHAHA. dah sakit pun perangai tak ubah.



Bila dah malam, aku gagahkan diri gak nak mandi. Lepas mandi, aku baring lagi. Memang takleh nak berdiri lama2. Nak jatuh. Pukul berapa tah, ecah masuk bilik, ecah kata jom gi klinik. Maka teruslah aku ke Klinik dekat Arau.



Doktor kata masuk air. Badan terlampau lemah. Aku takleh berdiri sebab tekanan darah terlampau rendah. Oh ya, aku mmg org jenis low blood pressure pun. Pernah je pengsan2 ni. AHHAHAHA. Lepas dah masuk air tu bolehlaaaa.



sabar jelaaaaaaaaaaaa


lepas tu balik, makan roti, makan ubat, terus tido. sedar2 dah pagi. AHHAHA. tapi perut masih sakit. muntah2 adalah sikit. pastu bus kul 10. balik KL. gila bosan kan pergi kedah tapi sakit. tapi takpelah, at least sekarang aku dpt tahu yang aku takleh makan CUKA. ya CUKA.


tp sakit best gak. ada org risau. LALALALALALALA.


kbye.


Sunday, July 17, 2011

FLORIA 2011




Salam!


Floria? Flora Fauna? Flowers? Flo Rida? ok dah tu merepek sgt dah. So actually its Floria 2011 dekat Putrajaya. Apakejadahnya??!! Aku tgk bunga? erk. geli je dgr nya. hahaha. tp sbb skrg aku dh lembut hati sket, maka aku layankan sajeeee...


So Floria ni sebenarnya adalah cam himpunan bunga2 dr setiap negeri ataupun organization?(maybe) sbb aku dtg mlm, so cam tak berapa nak nampak. but the real reason bukan nak dtg tgk bunga pun. Kami dtg nak tgk bunga api, yes fireworks. AWESOME kan? aku layan gaklah bunga2 api ni.. sbb bila ada perayaan je biasanya dpt tgk. agak batak di situ.


maka nya bila a friend of mine ajak last friday, aku kata OK! padahalllllll, jalan gi putrajaya pun aku tatau. gilankbergamble kan. aku pun tny lah abg aku. abg aku bg direction suku jalan je okay. lepas tu mmg aku tabah jelah. tapi biasa lah, i am a FIGHTER! i can survive :) gila bangga dgn diri sendiri bila berjaya sampai putrajaya seorang. ok mmg nampak cam bangang but heyy m proud of myself.


sepatutnya aku dtg mlm, tp biasalah, aku takut sesat maka nya dtg ptg. gila ngeng. kwn aku tak hbs keje lagi aku dh smp. yelaaa, mmg aku sorang je kat dunia ni habis keje pukul 1 kannnnn. pastu takpela, aku jalan2 kat alamanda dulu. lepak2, jln2 cam org takde arah. layankan sajeeeee.. then setelah beberapa lama, kwn aku smp. meh lah kita bg nama. kesian plak bercerita takde nama. ok, nama dia dinie.


di sbb kan aku yg bijak bestari ni smp awal, maka haruslah makan dulu. kalau tak mkn cemana nk ada tenaga nk berjalan. ni konsep mudah ok. sapa tatau mmg bangang. pastu makan, minum, makan, minum, makan sambil berckp, mak aku kata kalau mkn jgn bercakap. tak sopan. tp takpe sbb mak aku takde masa tu. huhi.


then floria time! aku igtkan tak banyak org, sbb yela malam kot. gila gigih org nk tgk bunga gelap2. namun sangkaanku meleset terpeleset sama sekali, mmg ramai okay. pusing 2 3 kali nk cari parking. last2 parking agak jauh lah. dahlah pakai heels (T.T) takpe, beauty is pain. beauty ke punnnnnnn. and to make it worse, hujan eh. dahlah takde payung. tp takpe, aku kan survivor, hujan redah saje.


floria ni dekat presint 2. masa aku br sampai aku nampak gerai2, bunga, orang, oh ya tandas pun ada. so terus jalan nampak lah lampu2 ala2 i-city. then bunga sikit2. masa aku smp tu tengah perarakan boat berhias. Dinie kata, dulu buat kereta berhias yg dekat Bangunan Sultan Abdul Samad tu. skrg Malaysia dah upgrade, kita main boat sekarang, kereta is sooo yesterday okayy.. aku pun layankan saje boat2 ni. cantik2 gaklah.


adalah dekat setengah jam kot boat2 tu berlayar?. mengikut negeri. yg cantik melaka punya. pastu ada org menari2 lah dekat atas boat tu.. tanak plak tgh menari tu terjunam dlm air ke apa. best gak. pastu dah hbs perarakkan boat tu, tetbe muncul lah fireworks.


and i was like. "WOAH" "WOOO" "WAHHH" bunyi2 suara batak. mcm budak kecik padahal umur dah 24. mcm harammm... lupa nk kata, dinie pun batak gak. HAHAHAHA.


mari layan gambar...









ni dah mcm berperang plak aku tgk.


pas dah hbs tu, kitaorg pun baliklah. dlm perjalanan nk g kat kereta tu aku nampaklah gak bunga2 tu. cantik gaklah. ada lah gak org yg gigih ambil gmbr mlm2, udah le hujan plak tu. takpe, org lain2. haahha.


tp, aku tataulah apakan, aku rasa cam membazir je. Dinie kata asal mlm je ada fireworks. kau bayangkan berapa banyak membazir duit. ish ish..


ok dah bye.


Saturday, July 16, 2011

Young Skin Beauty Spa

SALAM!


Macam biasa bila weekend haruslah kita memanjakan diri. Kita kan perempuan. Manja tu sifat semulajadi. erk? ok melencong. bagi aku, kita perempuan mmg kena manja kan diri kita utk kelihatan cantik. walaupun tak cantik sgt, at least rasa fresh! FRESH you know. best rasa tu. rasa cam dunia ni kau punya (gila exaggerate)


so, this weekend, aku dah buat appointment utk makcik aku dgn bakal kak ipar aku dkt satu spa ni. tapi tetbe last minute makcik aku cancel sbb dia kne g outstation. tapi misi mencantikkan diri harus di teruskan. lalu aku pergi je dgn kak ina.



nampak tak rm 28 tu!!!!


Kak ina rancang nk buat facial. aku tamau buat sbb aku every week pun pakai masker blabla semua. so cam mls. tetbe masa tgh nk regis tu aku tgk ada benda lain yang boleh dibuat selain facial. then aku baca satu2, swuh beautician tu explain.


bila baca list2 ni aku teringin nk buat full body black mud memula. pastu beautician kata better buat full body sea salt scrub. layannnnnkan sajeee.. (sng gila terpengaruh)


actually spa ni baru bukak, so ada promotion. nampak benda yang list dari number 1 smp 10. semua tu rm 28 jeeeeeee!!!! sampai 27 july kalau tak silap.




green tea (okla dr SS dpt ginger tea)



ni bilik aku buat scrub jadah tu.



kena pakai benda ni. HAHAHAHAHHAHA. nsbaik pakai buang.


adalah sejam gak beautician tu scrub bdn aku guna garam laut tu. feeling dia sangat best, best sbb selalu kalau aku buat kat rumah, gila penat nk scrub satu badan. ni tak, kau baring je.. dgn aircond ada.. music jazz lagi.. mmg feelingggg.. takpe, byr je duit sikit kan. kita deserve benda2 ni, kerja penat :)


ya, kulit saya lebih lembut. tapi bila balik rumah gebang dgn mama. mama kata, "sama je mama rasa" fineeeee


aku hbs awal. so sementara tunggu kak ina tu, adalah dekat 3 cawan green tea aku minum. senak perut. balik berak2. tahniah green tea anda hebat!



pemandangan biasa sebuah spa



tempat menunggu (SS grand sket lah)


maka sebelum balik tu beautician tu bg aku benda special.

VOUCHER!!!!!

bernilai RM 402. tapi dengan voucher ni just bayar RM 98 JE!!!!

Voucher ni mengandungi :

  1. Scrubber facial Treatment (rm 128)
  2. 1 Hour Full Body Massage (rm 68)
  3. Spa Jacuzzi (rm 68)
  4. Redeem Voucher worth (rm 100)
  5. Drying Lotion 60ml (rm 38)

memang sangat berbaloi. aku ada 6 keping je. yg lain dah bagi orang. siapa nak cakaplah.


okbye!


Wednesday, July 13, 2011

Spa sendiri (2)

SALAM!


Spa sendiri kembali mengegarkan anda. minggu ni, maksud aku ahad lepas lah. aku buat rawatan rambut. pernah dengar tak orang kata guna santan bagus untuk cantikkan rambut??? pernah takkkkk??? aku pernah. nenek aku cakap. mak aku pun cakap gak.


santan pekat.


santan pekat ialah santan yang memula sekali korang perah. jangan letak banyak sgt air. kepekatan dia amat penting ya. jangan kedekut sangat. kelapa parut hanya rm 2.00 je. korang beli baju harga berapa? lebih rm 50 kannnn.. jangan tipu.


masa aku mandi, aku lumurkan rambut aku dengan santan. pastu aku lepak dlm toilet 20 minit. gila sadis tempat lepak. layannn nak cantik punya pasal. pastu aku basuh. mandi cam biasa. tp jgn shampoo. INGAT! kita nk biarkan dia meresap segala kebaikkan nya.


pastu, dh keringkan semua. rambut aku bau santan. mak aku kata busuk. (T.T) sampai nya hatimu wuwuwuuwuw. tapi mmg lembut. rasa ringan. and nampak berkilat. chewahhhh..


and esok tu tak kusut pun, senang nak mandi. pe lagi, next time boleh cuba lagi. murah kan??


so, benda lain yang aku buat ialah benda biasa di bawah ni.


BROWN SUGAR MASKER

SPARKLING WHITE EYE MASK


tapi hari tu aku gi shopping dengan adik aku. gi SASA, ada eye mask baru tgh offer. tengok, jangan risau, barang2 yang aku promote semua affordable. eye mask ni harga sebenar rm 9.90. tp bila kau beli barang rm 10 ke rm 15 keatas, dpt beli dengan harga rm 2.50 ke rm 3 tah. lupa, resit nya entah mana aku campak. nnt ill find out bila aku dah guna.


Tuesday, July 12, 2011

SLIMMING SANCTUARY


SALAM!


Pada suatu hari, posmen hantar surat. ok tipu, posmen bukan hanya hantar surat satu hari. hari-hari pun dia hantar. tu kalau ada surat lah. kalau ckp bab surat ni, aku mmg jarang gila dpt surat. kalau dpt pun selalu katalog avon atau tesco je (adakah ini petanda LOSER?) aku rasa tak. sapangengsangatnkmengakudiriloser. HAHAHAHA.


ok, hari tu ada surat dari jusco. biasalah, aku ni pemegang J CARD yang sangat berjaya. selalu gak dpt surat dr jusco, tp tak sekerap AVON dgn tesco. HAHA. so, aku pun bukak lah, hati berdebar apani apani, nak cakap ada J CARD day keeee. heh. sekali mmg betul JCARD day kat bukit raja. pastu dia bagi mcm2 kupon. YA, kupon lagi. AHHAHAHA.


tapi kali ni kupon dia cam best sket. it's from SLIMMING SANCTUARY.



so, aku decide nak bg benda ni pada my sayang mayang, my mommy! then suruh mama pilih, dia nak apa, ada utk besarkan boobies, bentukkan badan, facial, spa. memula mak aku nak yang bentukkan badan. i was like (-_-) . jahat gila kan aku. aku ckp, "mama jogging pun mls nk bentukkan2 badan, mmg tak jadi apa". last2 dia pilih facial. HAHAHAHA.


so last sunday kami pun gi lah Slimming sanctuary. dekat je 5 minit dr rumah aku. cool gila rumah dekat dengan slimming sanctuary (tetbe) HAHA. so memula cam biasa kalau korang dtg pusat kecantikkan, dia akan scan muka blabla. and mak aku perlukan collagen lebih. (harus simpan duit ni, YA ALLAH murahkan lah rezeki aku, AMIN :))


so, sementara beautician analisis kulit mak aku, dia bg kitaorg minum teh halia uwekkkk. bau dia macam &**&^*&*. HAHAHA. kesudahan nya, aku tak minum.



so after 15 minit, mak aku pun masuklah bilik rawatan. aku??? hanya menunggu di ruang menunggu. jadi laaaa..


ada cleaner dia ni asik swuh aku minum teh tu. naik tensen aku. last2 aku ajak dia borak. pastu dia kena marah sbb relaks2 dgn pelanggan. WAKAKAKKA



boring okayy dkt 2 jam tunggu. (tu muka boring tu)



mcm ni je ruang dia. tp oklah. selesa. toliet dia transparent. taklehbla. dah la aku siap nk terberak plak tu. ish. punggung, awk ni ngade tautak! (maaf takde gambar aku buang air besar, euwww)


bilik2. aku assume semua pusat kecantikkan pun camni style dia. dulu new york skin solutions pun camni gak.


ha, sila laaaa.. underarm rm 60. gilabapak, aku beli shaver dpt berpuluh. shave lah sampai pengsan. HAHA. tp dlm booklet ni kata wax is better dr shave. nnt aku siasat dan bagitahu. okay?


masuk2 kena pakai selipar ni. dahlah puas cari saiz. semua kecik2 je. jgn bg aku EMO.


masa ni dh hbs facial. aku nk amik gambar mak aku sibuk nk betulkan tudung.
HAHAHA. apanihojaqdgnmak. DOSA ok.


akhirnya. berjaya!


after aku pergi sini. nasibaik elok2 je terus keluar. takde nya aku gigih nk pakai elok2 kalau setakat nk gi sini je. lepastu aku gi midvalley dgn kawan :)


nanti mak aku kena gi lagi sbb dpt free neck and shoulder crystal massage. apakejadahnya tu?? nanti kan bila makcik haznah nak buat appoinment dgn slimming sanctuary. zassssss!


siapa berminat bolehlah pergi, sekarang derang tgh promotion sempena 11 years. boleh menang IPAD kauuuu!


SLIMMING SANCTUARY


rasa #2


dah lama dah tak rasa mcmni,
mcmni rupanya rasanya,
kalau hari-hari rasa mcmni,
seronoknya!


dah lama tak rasa mcmni,
mcmni rupanya rasanya,
kalau mcmni lah rasanya,
bahagianya!


rasa nak senyum,
rasa semangat,
rasa ada kekuatan,
yang paling seronok rasa di hargai :')


kalau mcmni lah rasanya,
i hope for the best,
prepare for the worst.


Sunday, July 10, 2011

Minuman berdiskaun (7)

salam!


kembali lagi dlm segmen berjimat bila nak makan. sadis tol laaa laptop rosak. apa pun tak jadi. nk edit gambar letak link pun ssh. sbb biasalah aku ni buta IT. nk guna version yg lama je..hampehhhh.


oklah, jgn nak sedih sgt la kann. mari kita bergembira dgn makanan yg berdiskaun.
sebenarnya ada 2 benda. tapi sbb dia jatuh dlm satu kategori maka aku satukan jelah..


hari tu, rakan sekerja aku, fiza yg juga kwn kepada adik aku ckp, "angah nnt dpt gaji, fiza nak belanja angah starbucks" . hati aku GIRANG! maka hari yg di lalui lepas tu penuh kegembiraan. hehe. maka bila dpt gaji pun kami kuarlah.. before hari dpt gaji tu, kitaorg ada makan johnnys pastu beli starbucks. then kami buat B CARD.


aku rasa B CARD stands for BERJAYA card by Berjaya group. mmg sangat berjaya group ni tampaknya. maka hari tu. kami pun bercadang nk guna kupon yang kami dpt bila register B-card.


ni kupon yang kami guna. 20% OFF.


maka nya, inilah hasilnya, jimat RM 3.10 banyak tuuuu.




hanya dengan ada card ini anda dpt kupon tersebut. maka nya sila lah daftar untuk enjoy benda ini. dengan syarat anda rakyat malaysia (ni tipu) , beli brg kat starbucks (kena ada resit br leh regis, ni BETUL)


card ni mmg satu kaler je. jgn mengada nak mintak warna kelabu taik anjing ke hape ok.



kau tengok berapa banyak lagi kupon aku ada. SILA PENGSAN.


and, B CARD ni gak kita kumpul point bila kita pergi kat mana2 berjaya group company punya syarikat (syarikat? ala cam dia punya restoran ke apa seperti cthnya keni rogers) . so nnt blh tebus. senang kan?


and masa kat jusco tu gak, aku baru dpt tahu yang bila gi starbucks, kita boleh guna J CARD. dapat discount gak. gila lame baru tahu padahal dh bertahun ada J CARD. so hari tu gi teman along dgn kak ina gi butik pengantin. balik tu singgah alamanda. then gi starbucks, along belanja. aku pun guna lah J CARD sbb kupon dah habis maaaa.


padahal ni bukan air aku, tp sbb ada nama aku. lalalallaa


nampak tak tu jimat rm 3.93. oklah tu, at least dpt jimat gak :)


so after this, boleh lah guna JCARD kepada siapa yg ada JCARD.


JCARD ialah JUSCO card (ni kot lah ada yang tatau, ok, sapa yg tatau mmg LOSER)

Monday, July 4, 2011

Jadual harian


SALAM!


jadual harian semenjak laptop ku rosakkkk! ya rosak. entah kenapa. mungkin TER-overuse. siap letak TER tu, nampak sgt tamau ngaku. nasibaik bapaku pulang dari kota tak marah. fuhhhhhhhhhhhhhh.


so, siapa nak tahu jadual harian aku yg agak boring? bosan? fun? rileks? enjoy? haaaa tu semua ada. depends on the day lah kan.


6.30am : bangun pagi gosok gigi guna kodomo lion
6.45am : jumpa ALLAH :) (gilasubuhgajahkaukan)
7.00am : jemur kain (ni kalau tak hujan)
7.15am : kemas bag nak gi sekolah (kemas ni bukan apa sbb aku ni rajin tukar2 beg, so kene alihkan satu2 brg)
7.25am : breakfast! (segelas susu fullcream adalah WAJIBULGHUNNAH)
7.40am : pakai tudung sambil main kucing
7.55am atau 8.00am : terhegeh2 nak g keje
8.00-1.00pm : ni i kat taska laaaa bersama yang tersayangg EWAHkau.
1.00-2.00pm : balik rumah. ataupun selalunya aku akan pegi jusco, beli roti laa apalaa..kdg2 TER-shopping.
2.00 pm : makan, makan, basuh pinggan, kemas rumah lalalalla
3.00pm : jumpa ALLAH (apasal suka lewat2kanwaktu ni, maap saya dah cuba, saya hanya insan biasa)
4.00pm : TIDORRRRRRRRRRRRRRR
5.00-7.00 pm : exercise weyyy nk tanggal bontot aku
8.00pm : dah siap mandi. tunggu nk makan dinner. kalau tak mkn dinner biasanya keluar.
10.00 pm : sebelum kul 10 ni buatla mcm2..berubah2. so tak tetap. bila kul 10 biasanya teman mama tgk TV cete melayu yg cliche
11.00 pm : kdg2 SKYPE! :)
12.00 pm : tidurrrrr.


tapi sebenarnya waktu tidur tak tentu. kdg2 kul 10 pun boleyyy, 11 pun layannn, 1 atau 2 pun okay gak. dependssss..


kau bajet kau artis nk bg tahu org jadual harian kau. heh.


apa aku boleh kata, kita takleh tidur lewat sgt kn sebenarnya? utk kebaikan kulit kita. aku skrg dah oklah, tidur awal gaklaa. dulu masa tak start keje lagi, tidur kul 3,4,5 apalaaaaaa. ISH! sila jangan tiru.

ada gaya cikgu berdedikasi takk??? *muntah* mcm cikgu juling adalaaaa weh


ada cerita disebalik baju ni...nantikan nyaaaaaaaaaa.

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...