Sunday, June 19, 2011

happy baba's day!


my happy family


bapa?baba?daddy?papa? semua sama je. seseorang yang kita sangat hormati dan sayangi. bagi aku, baba aku seorang yg sangat cool. tatau lah, bila jd bapa kau mmg kena cool ataupun baba aku mmg cool. option number 2 tampak lebih menarik utk di ambil.



motor idaman. takpe, bila duit angah byk, angah angkat satu utk baba. amin.


baba seorang yg sgt cool dlm semua hal. tenang je. mulut pun tak byk ckp sgt(ni kalau compare dgn aku) ehhehe. tp aku tahu mcm2 yg berlegar2 dalam fikiran dia. kadang2 aku tatau mcmana dia boleh manage nk jaga 3 org anak dara dia yg cam ntahapahapani..malahan seorang anak lelaki yg selalu merosakkan harta benda. HAHAHAHA. baba lah yg bayar bil, kereta, makan, blablabla malahan membesarkan 3 org anak perempuan yang berlainan taste juga aku kira benda yg rumit.


pernah baba cakap dekat kitaorg, "korang bertiga ni, kalau pakai shampoo yg sama brand tak boleh ke?" ahhaaha. susah kalau dah taste lain2. tu belum cakap bab make up, baju, handbag, kasut. kalau nana bab makanan. HAHAHAHA. betul org kata, besarkan anak perempuan mmg agak sukar sedikit. tp aku kira baba berjaya besarkan anak dia dgn baik. well, tgk jelah aku, baik kannnnnnnnnn???? (lempang muka sendiri)


aku rasa kehidupan aku sgt mudah juga sbb parents aku. esp baba. sbb dia jenis taknak anak dia susah. mak aku pernah ckp, "baba mmg org senang dr kecik, so dia tak pernah rasa susah sbb tu dia taknak anak2 dia susah kalau nk banding dgn mama, mama org susah" aku rasa ada betulnya. eh slh, mmg betul pun. sbb bapak aku kalau nk beli pape, dia beli je, tak fikir doblas kali cam mak aku. mungkin aku dpt perangai shopping ni dr bapak aku. beli jeeee jgn fikir banyak. huahuahua. tp sgt bagus bila ada parents mcmni, apa tu org kata BALANCE. chewahhhh.




antara perkara2 yg agak comel bapak aku pernah buat ialah bila dia mintak aku belikan dia perfume. haahhaa. wangi woooo. kemain. hehe. and perkara paling comel aku pernah buat kat bapak aku, aku mintak kereta. eh comel ke tu cam nk mintak pelempang adalah. tp dapat jeeee kan my baba is the best in the world. hehe.


aku rasa perkara paling bapak aku tak suka pasal aku ialah sifat pemalas aku nak basuh kereta. haha. selalu gila aku kena sound. smp satu tahap, bapak aku malas sound, dia tolong gi hantar car wash. sori ba, i love you. hehe. and perkara paling takleh bla bila bapak aku lupa tutup pintu kereta aku, lalu kucing gemuk si garfield masuk dlm kereta dan senang hati tidur dlm tu, maka nya bulu dia semua melekat satu kereta. esoknya bapak aku siap beli vacuum baru sbb nk bersihkan bulu2 garfield. HAHAHA.


membesarkan 4org mangkuk ni agak susah aku kira


baba bukan sahaja berjaya membesarkan anak-anak nya. malahan kucing2 juga semakin gemuk mcm gorilla di buatnya. hahaha.


keroro gunso


garfield


maka nya mari lah kita tamatkan entry ni. selamat hari bapa kepada my dad, en jamaludin md. yusof. semoga baba panjang umur, murah rezeki. sentiasa sihat.


hmmm, i really hope i can get a husband like you. insyaALLAH. amin.

gambar mintak maap raya lepas. maafkan segala salah silap saya baba. halalkan makan dan minum.


I LOVE YOU BABA! :)

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...