Tuesday, May 24, 2011

TIPS 12 : kaki kau cantik?

SALAM!!!
 
 

maap lah tajuk entry agak kurang sopan. tp itulah hakikat nya. (cakap kemain kau ye) actually aku bukan nak cakap pasal kaki. sbb kaki aku mmg tak cantik, udah lah aku ni pendek (ye, saya cuma 155cm je) so mmg tak ah kan..so aku nk cakap pasal kuku kaki sebenarnya. hehe.


ramai orang ambil berat pasal kuku tangan. sbb mungkin kita selalu guna tangan dr kaki? ek? aku rasa kita lg banyak guna kaki kot(ni mungkin sbb aku kuat berjalan) so mcm kita selalu terlepas pandang tentang kuku kaki kita. ehem ada org terasa tak??


aku terpanggil nak tulis entry ni ialah sbb aku pergi wedding, lalu ada seorang minah ni yaampunkaucantiknyahotgilapig. then cam biasalah, bila pompuan cantik, of course lah kita nak tengok dari atas sampai bawah, ni bukan lelaki je camni. aku sebagai perempuan tulen pun ada perangai camni. hehe. atas bawah aku tgk dia, tp mestilah cover2 kan. heh. pastu bila sampai kaki, (dia pakai peep toe heels) ALAMAK! kuku kaki hitam. HUGE HUGE turn OFFFFFF! ok, bukan kuku dia warna hitam tak. kalau korang perasan kuku kaki kita yg belah tepi2 tu kadang2 ada cam benda hitam2. benda tu kita kena bersihkan sebenarnya. baru lah nampak bersih.


maka, teruslah keluar ayat ni dr hati aku, "aiseh pompuan ni, semua dah elok dah. hot meletus-letus sekali kuku hitam" memang ada orang akan rasa this is such a small thing but still.... kebersihan tu penting. setiap bahagian badan kita ni kita kena ambil berat. bukan hanya sekadar muka ye. lagipun, kebersihan tu kan separuh daripada iman, iman itu di dalam syurga.. :)) setuju?


aku sangat beruntung dalam hal2 kebersihan/kecantikan/apaapa jelah sbb mak aku memang seorang yang menitik beratkan hal-hal ni. kalau ada yang tak kena je kat mata dia, mmg kena sound direct jelah. tadah telinga dan pasrah sahaja. tapi kalau bab2 fesyen ni mmg dia selalu complain. selalu aku dgn adik aku, "mama niiiiii......ni fesyen sekarang lahhhh". HAHAHA.


so apa salahnya, bila potong kuku, bersihkan sekali tepi2 kuku kita tu.


STEPS

1. Potong kuku kaki
2. Kalau terpotong cam tak rata, ratakan. (kalau nail clipper tu kn ada yg utk ratakan)
3. Bersihkan kuku kaki (korek2 segala kotoran)
4. Gosokkan kuku dengan lemon
5. Basuh dgn sabun
6. Lap dengan towel kecil
7. Sapu lotion
8. Baring terkangkang sebab rasa cam princess kuku dah cantik



senang kan? kalau buat seminggu sekali pun boleh. aku semenjak lepas grad, mmg aku rajin. dulu masa belajar mmg tak pakai lemon sbb cam mana pulak nk simpan lemon. manada peti ais kan. so bila sekarang dah ada kemudahan, br lah buat. yg penting jangan malas. kalau malas mmg tak jadi apa ya.


ni antara barang2 yang aku guna.


ni abg aku dpt as a souvenir tp dia tak guna maka haruslah adik aku amik. lalu aku tumpang guna sekali. (kalau share barang2 camni, lepas guna curah air panas ya, bg pakcik kuman mati)



ni lah benda yg aku guna utk bersihkan tepi2 kuku kaki. kalau takde benda ni pun takpe. kat nail clipper selalunya ada. tp kalau nail clipper cokia punya takde kot. ala beli je, nak bersih tak? ha nak tak?



kulit aku sgt sensitif. takleh pijak simen sebenarnya. tapi sbb aku ni mmg mls nk kisahlantakkaulah kulit, aku taram sahaja. so, tumit aku selalu pecah2. ahaha. so benda ni harus jd pendamping. oh ya lotion juga.



kilatkan kuku pakai ni. (ni pun buat kalau rajin, biasanya tak) kalau dah guna lemon, you don't need this.


cantik itu datang dari dalam. tapi kalau luaran pun bersih lagi bagus kan? kan?


No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...