Saturday, May 14, 2011

TIPS 11 : 5 minuman sihat


setiap org mesti ada minuman kegemaran kan. kalau org tanya aku. (bajet ada org tanya) jawapan aku dari dulu sampai sekarang sama. aku mmg pencinta KOPI. tak kisah la kopi O ke kopi susu ke kopi mocha ke asalkan bukan kopi basi.


tapi dalam banyak2 minuman kegemaran korang tu mesti ada pro and cons dia. sama gak cam kopi. kopi banyak caffeine, so kalau minum banyak mmg tak bagus. kalau org migraine cam aku lgla tak bagus. tapi ada aku kesah? ahha. tapi kopi bagus utk rendahkan chances utk dpt heart disease..


tapi antara banyak2 minuman, ada beberapa minuman yg di suggest utk diminum. jommmmm tengok ada tak antara minuman2 ni fav korang. kalau ada bagus. kalau takde boleh try. okay?


MARI!

1. air masak letak buah

dengar cam senang tak? bek ckp ya sbb mmg senang. pernah tak korang perasan air yg cam ada rasa strawberry. bukan air f&n strawberry tu. yg cam air putih rasa strawberry. jap aku bg gambar.


pernah kan tgk?


so, seperti yg korang semua sedia maklum. air berperisa camni mmglah tak bagus. kandungan gula sangat tinggi. lg kalau tengah hari panas, kita berpotensi nak minum lebih dr satu botol. setuju? ataupun mungkin kita akan beli botol besar instead of botol kecik. terasa? kalau tak bagus.

so untuk mengelakkan gejala ni, apa kata korang amik je air masak, pastu taruk buah. tak kisah lah buah apa. kalau aku, aku suka lemon. kalau korang suka nangka pun takpe, letak je. lidah lain2 kann. satu lg idea best, kalau korang buat ice cubes kan, letak buah sekali dlm air tu, then bila ice cubes tu dah keras, masukkan dlm air. cantik je air batu tu. hehe. ni nk minum ke nk bercantik2???


npk sedap tak?air masak letak buah strawberry. yummy!


2. green tea oh!




nk ckp pun mls. dgn perkataan green pun dah tahu mmg bagus. kan? so green tea ni mmg bagus utk kesihatan kita. dia membersihkan badan. green tea juga boleh reduce risiko pelbagai jenis cancer, jantung, hypertension dan lain-lain. Yang bagusnya, green tea ni calorie-free(tu pun kalau minum tanpa susu or gula, jgn pulak letak susu full cream sebotol. mmg lemak menebal) kalau aku minum green tea, aku minum gitu je. tak letak pape. green tea panas. mmg berpeluh-peluh okayy.


3. Minuman sayuran



Jus sayur adalah sangat bagus. Nama pun sayur kan. Kalau kita minum dalam bentuk air mmg cepat, ringkas, mudah, lagi bagus sbb mmg pure, compare if kita goreng sayur tu, dah campur minyak semua. Sayur kalau kita compare dgn buah, kadar natural gula dia pun rendah. pernah ke korang mkn sayur manis? heh. Kalau aku, jus favourite mestilah carrot. nyum nyum. Tapi masa aku g gym kat UIA dulu. trainer tu kata, kalau boleh jangan minum sayur dgn susu. contoh cam carrot susu. kalau jus buah pun sama, tak elok kalau campur susu. reason dia aku tatau kenapa tak sempat tanya trainer tu. HAHAHA.

if korang buat jus sayur, kan tak manis kan? korang boleh je campur dengan buah sket. bg dia manis. kalau rajin, semua pun boleh.. kalau malas, minum air masak je bebanyak. kalau malas lagi, dah, minum air liur je.


4. Soya weyyy soya!




Dulu masa aku kat asrama, kawan aku sarimah selalu gila minum soya. mmg suka betul dia minum soya. lepas tu dia siap kata, siapa minum soya kulit jadi putih. AHHAHA. tapi sarimah mmg putih melepak2. mungkin teori tu betul kot. KOT eh.

air soya ni mmg dah natural manis. skrg pun, dah ada air soya coklat lah, air soya strawberry laa. mcm2 sekarang. siapa2 yang menghidap lactose intolerant , susu soya ni mmg option paling bagus lah. Air soya juga boleh reduce risiko sakit jantung. kalau sapa yg diet, soya adalah option yang bagus. dulu masa aku mkn herbalife, pun aku selalu guna susu soya.


5. Kopi kopi!


Malas i nak cakap betapa sedapnya kopi. mmg sedap habis. Boleh jilat2 jari, jari kaki. silap2 boleh jilat kaki orang lain sekali. Minum kopi at least secawan sehari adalah digalakkan. Korang boleh masukkan kopi dalam diet korang.

Kalau kita minum kopi tanpa gula ataupun cream, kopi mmg takde FAT langsung. cuma ada sikit je kalori. peminum kopi seperti aku juga boleh merendahkan risiko sakit jantung, diabetes type 2 dan sesetengah cancer.

Caffeine dari kopi juga bagus untuk bantu kita alert dan kita boleh perform better. sbb tu kalau org nak stay up je, minum kopi. tapi kalau aku, minum kopi mmg aku mengatuk. HAHAHA. sbb dah banyak sgt minum so dia takde kesan kat aku. AHHAHA. tapi jangan banyak2 sangat minum. apa jua benda, mesti in moderation. okayy??


ok bye nk g minum kopi. nyum nyum.

3 comments:

  1. i like all beverages that u have suggested n yes they are all good for our health.a very good entry^^

    ReplyDelete
  2. gamuhu: haaa jadi putih tak? hehehehe

    budak chantek : baguslah. minum selalu!

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...