Monday, April 25, 2011

SUSU / MILK




tahukah anda susu sangat baik untuk badan malah boleh jadi tinggi sebab dia ada kalsium. tapi kalau umur dah 50 tahun janganlah berangan nak tinggi pulak. sampai mati pun takkan tinggi ya.


susu ada banyak jenis susu. susu ibu(the best), susu putih, susu coklat, susu strawberry, dan blablabla(mls nk tulis byk2) tapi dalam banyak2 susu, except susu ibu la kan. susu mana paling bagus? i mean which is the best milk yang kurang gula, sihat, blablabla(mls lg nk tulis)

baru-baru ni aku baca satu artikel pasal susu. di sebabkan aku ni mmg suka gila minum susu so dah confirm2 lah aku akan membaca dengan penuh minat. heh. so apa yg aku baca akan ku share disini. sharing is caring yawww!


ok, sekarang aku nak korang fikir logik. antara susu putih dgn susu coklat, mana yg lebih bagus? mmg ada sesetengah orang akan kata susu coklat sbb yelah, ada perisa kan. tapi, sebenarnya susu putih lg bagus. sebabnya? susu putih takde added things. contoh macam gula, fat blabla. kalau dah tambah perisa, means carbs pun tambah. kalau korang perasan mana2 makanan/minuman yang ditambah perisa secara otomatik dia punya kalori pun tambah.






this is why aku kalau beli minuman ke apa ke, mesti amek yg asli. contoh yg paling dekat ialah yogurt. kalau amik yg asli kalori dia kurang, malahan juga dari segi gulanya. tp tu lah. orang sekarang ni makan nak sedap je, so tak fikir dari segi kesihatan. satu cadangan aku, kalau dah teringin sangat mk makan yogurt perisa mangga ke strawberry ke, apasalahnya korang beli yogurt perisa asli then campurkan buah yg mmg fresh. cam potong mangga kecik2, masukkan je dalam yogurt asli tu. kan lebih bagus. ye tak? ye taaakkkk???


ok, sambung balik cerita pasal susu. hehe. so sekarang ni parents2 dekat oversea sangat bimbang akan kesihatan anak mereka. sbb budak2 mmg lah lagi suka minum susu coklat dari susu putih. so derang bimbang lah kadar gula dalam badan anak mereka. bg aku bukan sahaja budak, org tua pun kena risau gak.


mmg lah, orang akan kata, ala..minum sehari sekotak je. tapi cuba bayangkan kalau kita minum hari2, gula tu berkumpul, jadi banyak, banyak, banyak lagi...and sudah pastinya akan menyebabkan penyakit. CONFIRM! lagi-lagi budak kecik. kalau korang perasan sekarang, budak kecik pun badan semua dah macam anak gajah. sebabnya cara pemakanan tak betul.


so lepas ni kalau rasa nk minum susu, pilihlah susu putih yang low-fat. nutrien2 still ada. kalau yg suka full cream. boleh juga deh. minum aja. tapi kalau org gemuk cam aku WAJIB minum low-fat ya. dalam apa pun jenis makanan, yg asli yg paling elok. lepas ni kalau tak caya, kalau nk beli pape, tgk label dulu okayyy???


tapi ada satu aku musykil, kalau korang perasan air oldtown, yg perisa asli lagi tinggi kalori dari yg hazelnut. kenapaaaaaa??? ni aku tak faham. masih sedang mencari jawapan. nanti dah jumpa aku share. sekian. k bye.



susu paling baik! maaflah jika lucah tapi ini realiti.

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...