Monday, August 28, 2017

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster




Salam


Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Maka, kena lah berfikir macamana nak bagi makan suami ku itu. Memula aku decide nak beli je lauk untuk seminggu... kitaorg try lah seminggu... tapi macam xde feel. HAHHAHA over tak makan pun nak feel bagai.

So aku decide nak masa je, maka bermula lah journey memasak aku setelah berehat selama 3 tahun. Lama tak? hihi betul lah mama kata duduk rumah sendiri memang berdikari lah. 

Pada yang baru nak berjinak2 memasak cam aku, boleh lah ikut resipi ni... Poyo giler mcm teror sangat je masak. Btw ayam kicap gambar bawah ni aku beli, sayur je masak sendiri. Tapi still aku boleh bagi resipi ayam kicap lah hehehe.




Resipi Ayam Kicap

Ayam
Cili padi (Hiris)
Cili merah (Hiris)
Bawang putih (Hiris)
Bawah Merah (Hiris)
Halia sikit (Hiris)
Kicap pekat
Kicap cair
Serai
Garam

1) Goreng ayam dulu
2) Masukkan semua bahan hiris
3) Goreng sampai naik bau
4) Masukkan kicap pekat
5) Masukkan kicap cair
6) Masukkan ayam
7) Perasa kan


Resipi ayam kicap ni ada dua, yg aku bagi ni yang basic. Kalau style mama masak, mama akan letak santan. Memang lemak berkrim hehehe. 

Sawi Oyster

Sawi
Cili padi (Hiris)
Cili merah (Hiris)
Bawang putih (Hiris)
Bawah Merah (Hiris)
 Sos tiram
Garam


1) Goreng bahan yang dihiris sampai naik bau
 2) Masukkan sos tiram - ni agak2 je jgn banyak sangat
3) Masukkan air sikit
4) Masuk kan sawi
5) Sawi dah layu, mati kan api.
6) Tabur bawang goreng supaya ada bunyi kriukkk kriukkkk


SIAP!



Senang kan? Selamat mencuba. kbye!


Monday, June 19, 2017

Rithuan's Big 3-0



SALAM


Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna benda tu tak elok. Kita org still adjusting and bertahan HAHHAHA.
So awal2 aku dah cakap kat wan, minta maaf sebab aku takleh nak buat birthday dia besar besaran. Selalu tempah fondant cake bagai.... tahun ni tak... sobsss


Kebetulan masa birthday dia tu, dia kena outstation, so balik lambat. Aku pulak ada IBM Club dinner kat One World Hotel. So memang on that day kami tak celebrate. Siang tu aku half day, pi ikea dengan nana lepas tu petang ada meeting then dinner. 


Memula p ikea... lepastu cakap kat nana nak singgah Curve jap.. sebab aku rasa bersalah gila sbb tak beli pape untuk Wan... perasaan dia sukar nak dimegertikan tapi mmg takde budget untuk hadiah waaaaaaaaaaaaaaaa (-___-) Aku fikir, okla kot beli belon untuk dia and cake later.


Punya lah aku mencari Balloon Buzz dekat Curve tu mcm nak gila. Akhirnya, jumpa gak. Dah beli balloon, balik ke IBM Plaza for meeting, then dinner. Masa dinner tu cam terfikir nak beli cake katne lah ni... sekali nampak ada cake kat kaunter tempat kitaorg makan tu... tanya dia boleh ke beli... of kos la boleh kan hahha.. so aku beli cake kecik sekentot tu je utk wan...


Balik tu, aku tunggu dalam bilik konon dia bukak pintu nak surprise lah... pergh kematu ek tunggu.. sebab macam dah dengar bunyi kete tapi apasal tak naik naik.. last2 aku kunci pintu aku baring... HAHHAHAHA bila dia nak pulas tombol buat konon2 cam tengah buat something lah hahaha padahal malas ek..


Sekali TARAAAAAAA!!! dia terkejut. ok mission accomplished.



Kecik ek cake tu.. tapi Wan cakap sedap sangat...


Lepas beberapa minggu, aku dapat vocuher dari IBM. Voucher Sakae Sushi.. RM 100. So aku pun cakaplah belanja dia makan ewahhhh kemain suka dia. hehehe.



Tiup lilin kat sashimi ekkk


Happy Birthday Sayang ke 30


Terima Kasih kerana menjadi suami i. And selalu sabar. HAHAHA. Aku memang cakap kat wan sblm kawin, aku tak perlu duit hahhaa tapi aku perlu lelaki sabar sbb aku byk kerenah. So skrg, dia sedang bertahan KAHKAHKAH. kata cinta kannnnnnnnnnnnnnnnn


Selalu sabar. Bertanggungjawab. Selalu dahulukan orang lain. Baik hati sangat kadang2 baik sangat aku menyampah serious haha. Semoga menjadi hamba Allah yang di senangi dan sentiasa bahagia. Love you b.


K la byk sgt tulis. 


Always the helpful one :)

Friday, March 31, 2017

My favourite receipt!



SALAM


Lately ni memang kehidupan sangat sibuk, sampai tahap, duduk serumah dengan mama and baba. Tapi seminggu tak jumpa. Teruk kan? tulah, sedih tu memang ada tapi takleh buat apa. Waaaaaaa... same goes my relationship with Wan..



Sebab terlampau busy, aku selalu tidur dulu and tatau pukul berapa dia balik. Tahu2 bangun pagi dia ada kat sebelah, kadang2 takde gak. HAHAHA.. Then pegi keje, cakap berapa patah ayat je. Masa keje 9.00am - 6.00pm memang jarang message, boleh kira dengan jari lah berapa kali je message. HAHAHA. Message pun sebab nak tahu dia nak amik kul berapa kat office. Balik keje je, masing2 dah penat, kadang2 bercakap, kadang2 dua dua senyap dalam kereta, sampai rumah. Tapi bukan bermakna gaduh ke dingin ke apa.. its just that we are too tired.



Biasanya ahad jelah masa kitaorg memang spent time. Hari ahad ni kalau tengah keluar Wan pegang phone pun aku rasa cam nak mengamuk. hahhaha I need your full attention. Gituuuuu. Aku memang annoying. TQ.



And semalam, aku keluar dengan eksyenz, aku balik, Wan belum balik, masih kat site... Ok takpe dah biasa. Sebelum tidur, saje lah tulis kat resit aku beli ole ole untuk dia sebab aku keluar kan. hehehe.. Letak resit atas iron board, then aku tidur. Aku bangun pagi tengok Wan tidur lagi. Tatau lah dia balik kul berapa. So aku pun terus nak mandi, nampak atas iron board ada laptop, ni mesti balik dr site, sambung keje kat laptop plak.. Hish....



Tiba-tiba mata aku nampak resit tu..... sengih lah... macam kerang busuk.....






Kbai.



Tuesday, January 10, 2017

#PregnancyJourneyUpdate - Pilihan rawatan, what to do next?



SALAM


Lama giler ek nak update step seterusnya hehe. Entry ni aku combine jela sekali harung ahahhaha... nak cepat ek. Lapangkan dada okay baca, aku cerita direct je takde tapis2 biar orang tahu apa nak expect. So, setelah ambil ubat selama dua bulan alhamdulillah period aku okay. Prof pesan, suruh aku buat FSH test dalam 2nd cycle period pada hari ke empat period untuk check hormon. Test tu korang boleh p clinic biasa je, aku haritu pi Klinik Ajwa kat Shah Alam, dia ada test tu tapi berangkai... so layan jelaaa test semua, harga test RM 150.



Test tu buat dalam 18th Oct, and jumpa Prof next ialah 21st November 2016. So masa jumpa Prof tu, dia bagi dua benda kena buat, first pada period hari ke 1-10 kena makan satu ubat ni nama dia Trozet and hari ke 10 period dia suruh pergi ultrasound. Second ialah kena amik sample air mani.


 Ok, kalau dekat UKMSC ni dia akan bg 2 pilihan, samada korang nak air mani di keluarkan secara masturbasi dgn bantuan CD hahahha ingat nak upload gmbr CD tp kang kena kecam lakkk ataupun boleh bawak masuk isteri anda di dalam bilik tu.. lepas tu buat lah apa yang patut. Yang penting dia nak yang fresh. hehehe. And sebelum bg spesimen sila jangan bersama sekurang-kurangnya 2-3 hari... dia tanya nnt okayy..


Baca instruction di bawah :



 Bilik berkat.... semoga berkat usaha kita semua AMIN.








Bilik okay, ada toilet semua. Then lepas dah bg spesimen tu, boleh lah pulang....... Kos untuk check air mani RM 53.00 (RM 3.00 tu GST) 


-----------------------------------------------------------------


Selepas visit yang haritu, aku pun makan lah Diane 35 mcm biasa, tetbe bulan tu period aku lambat, aku dah cuak dah... rupanya sebab aku demam denggi yang masuk hospital tuuuuu.... elok je lepas keluar hospital period... then makan lah ubat tu... then hari ke 10 kena datang untuk Ultrasound...



Masa ultrasound tu dia akan tengok ada telur ke tak? Masa aku scan haritu adalah satu telur sederhana and satu telur besar. So doctor aim yang besar ni.. gituuuu... So lepas scan ni, kena jumpa doctor... dia akan explain mengikut cara apa yang korang nak.



Contohnya aku decide nak normal, kita panggil SI...  Dia ada step dia, memula SI, lepas tu IUI, lepas tu IVF... dan berjela lagi... Tapi sbb aku buat SI, so aku tahu yg ni jela dulu... lepas ni kalau aku buat IUI... aku explain okay? SI ni doctor akan kirakan hari apa yang kita kena bersama, hari apa kena cucuk ubat untuk force telur keluar. Ubat tu dia akan suruh beli dekat farmasi UKMSC..Ada dua jenis ubat, ubat utk force telur keluar dengan ubat kaler coklat, . and ubat tu kena sentiasa sejuk... So, korang kena sewa bag sejuk beku (ni ke nama dia?) RM 50 untuk store ubat tu, beli ais kat cafe okay...


 Nama ubat beserta harga. Payah nau nak sebut nama ubat hahhaha


Untuk process aku, cucuk 25th Dec pagi... doctor suruh bersama 26th malam... sebab sperm akan tahan at least 2 hari kan... Cucuk tu kalau ko berani ko buat lah sendiri, aku tak. hahhaha aku p clinic swuh doctor cucuk kan. agagaggagaga...



Lepas dah cucuk tu, bersama then.... 4hb January aku kena check darah, check darah ni untuk tengok berjaya pergnant ke tak... Dia punya time frame tu korang kira sendiri eh hhehehhe malas ekk... Nak di jadikan cerita, first time test tu result border line, so kena lagi sekali, 6hb Jan 2017 aku p lagi.... 



So Isnin 9hb Jan 2017, dapat result.... cubaan gagal kekekkeke. Takpe, cuba lagi. Aku rasa benda ni ko takleh cepat putus asa. Kena keep on trying. So, itulah.... clearkan steps dia aku explain.. kekeke... jangan cakap I melucah okkkk... 



Next jumpa doctor 16th Jan 2017, macam nak buat IUI... belum bincang bebetul dengan Wan... kita tengoklah cemana ekkk... Stay strong korang... Jom peluk ramai ramai kbaii :')



Thursday, November 17, 2016

BE A GO GIVER



SALAM



Hari ni nak share benda yang best. Benda ni aku buat then nampak kesan..... Wah gitu.. ni bukan cerita pasal produk kecantikkan okkkkk.... Aku harap orang boleh baca ni dengan hati terbuka, ni bukan niat nak menunjuk ke apa.. tak ok... siapa yang rasa tak senang tu sila bersihkan hati anda..... #hatikaubersihkeamni


Ada satu hari tu, aku tengah rileks2, tak ingat masa tu weekdays ke weekend. Lepas tu aku dok scroll2... Sekali nampak update dari Prof. Dr. Muhaya.... Aku pun tengok video dia... Tajuk video tu pasal rumah tangga lah... Main point dia ialah BE A GO GIVER. Selama ni kita sentiasa di momokkan dengan ayat be a go getter. Tapi dari sudut pandangan Prof Dr. Muhaya ni dia cakap, kita kena jadi seorang yang selalu memberi, sebab Allah akan beri pada kita rezeki, and kita kena beri pada orang lain supaya lagi banyak kita beri, lagi banyak Allah akan bagi pada kita.





Memula aku rasa cam eh yeke ni??? Asyik aku je kena giveeeee mana aci... kata give and take... Tapi entah kenapa... rasa nak buat gak hahahhaha...



Siapa yang baca ni yang cakap alahhh baru kawen berapa tahun dah acah acah nak bagi nasihat, silakan tekan X. Aku tak perlu manusia mcmni... gituuuu... Aku rasa semua orang yang baru kawin pun akan ada masalah or struggle dalam 5 tahun pertama kawin... Masa ni lah baru nak kenal, lagi2 macam aku yang memang taklah kenal Wan bertahun tahun... So lepas kawin ni baru nk kenal... Baru kawin, darah panas je kan... hahahhaha nak mengamuk jerrrr... kahhhh. Sedangkan yang dah kenal bertahun pun ada masalah... apatah lagi yang tak pernah kenal....


So, cara yang Prof Muhaya bagitahu ialah BE A GO GIVER
Macam mana nak jadi GO GIVER? Ni menurut pandangan aku lah...



1) Buat dengan ikhlas


Macamana nak beza buat dgn ikhlas ke tak? Bg aku bila ikhlas aku tak merungut. HAHAHAHA. Selalu kalau balik kerja Wan minta urut, aku akan cakap,' Jap lagi boleh? Penat lahhh" atau aku akan urut sekadar tekan2 hahaha... Yela balik keje dah pukul 10.. smp kul 11.. kul 12 baru nak urut, boleh bayangkan tak betapa penatnya aku. Tapi aku paham, Wan lagiiiiiiiii berganda penat dari aku. So lps aku nak jd seorang GO GIVER, instead of dia mintak, aku yang offer diri.. Surprisingly, lepas urut tak sepenat yang aku sangka berbanding masa aku merungut... Kahhhhhh #insafsikit 


2) Sentiasa bermanis muka


 Manis tak ni HAHHAHAHA


Ok, ni bukan aku swuh ko senyum sentiasa... takk... ni ialah, bila suami ko tengok ko, ko kena bermuka manis.. supaya sejuk je hati suami ko pandang..  Dulu aku kalau balik keje, muka masam jerrr sbb penat and stress. Sekarang aku ubah, balik keje aku senyum... gelak2... and Wan pun happy walaupun dia penat. Sekarang ni lg lah, siap sediakan makanan bila aku masuk kete. HAHAHHAHA. Ada haritu dia beli biskut rokok, ala yang panjang2 tu.... Dia ckp aku kan suka biskut tu... Aku cam pelik, sejak bila lakk aku suka mknn ni... Lpstu dia ckp, kalau yang awak suka tu yg mahal nama dia COCORO, ni yang murah sikit tp sedap jugak... ALOLOLOLO aku hanya mampu gelak ckp ehhhh awak ingat (insert muka drama queen kat sini) kembang pungkoq aku yg dah sedia kembang ni.... Kat sini memang aku perasan... beza gila bila kita bagi kegembiraan kat orang, Allah balas tu bertambah tambah manis... yg manis2 potong kaki takyah cete sini lah kang korang muntah pulekkkkk



3) Buang ego


Ego ni memang benda yang nak kata totally jahat pun tak, tapi sebaiknya kalau dah kahwin, turunkan lah ego tu... sebab tak kemana pun... balik2 ko tengok orang yang sama gak.... Apa yang aku sedar, bila aku turunkan ego aku, automatic Wan pun jadi cmtu, dia berubah... sebab apa? Dia rasa mcm isteri dia ni boleh bertolak ansur...and etc.. Dia pun takde nak ego lebih2.. Biasa la kan baru kawin, ada jelaaa yang tak kena... so, kena take a step back, buang ego and THINK!


4) Sentiasa memaafi


Ni ada kaitan dengan point no 3... Dulu bila gaduh, memang taklah aku nak minta maaf dulu... keras kepala... perasan bagus.. sama lah dua dua ekor... Aku plak jenis over sensitive+drama queen.. bad combination kan? HAHA.. so memang perkataan maaf tu jarang di bibir aku.. gituuuuuuuuu.... tapi bila nak jd GO GIVER ni, kalau aku rasa aku buat salah, laju aku mintak maaf... and kalau Wan salah, aku akan tegur dia. And lepas tu aku akan minta maaf gak... Dia pun kalau ada salah dia akan minta maaf... Ada sekali tu sama sama cakap sorry... HAHAHAH batak laaa.... Lama lama ni memang syok wehhhh! Dia jadi mcm air.. Air dengan air..  Dua dua cepat cool... Dulu kalau gaduh adalah sampai sehari siang ke mlm tak bercakap, tp sekarang.... 5 minit je kot... lpstu dua dua ekor dah okay...


Aku selalu fikir, kalau aku kurang ajar ke melawan ke kat Wan, mcmana kalau itu kali terakhir aku nampak dia? and dia pergi dengan perasaan marah pada aku? Nauzubillah.... mintak simpang... Fikirlah mcmtu setiap kali korang nak gaduh dengan sesiapa... Ni especially kalau nak p keje lah... gaduh dlm kete.. lpstu masing2 p keje.. macamana kalau tetbe ptg dpt berita salah seorang dah takde? takleh bayang mcmana nak hidup dengan rasa bersalah....



5) Show your love



Ni paham2 lah... bila nak p mana mana pun, peluk pasangan.. kiss ke.. kalau sebelum ni tak peluk, ko start dlu.. lama lama nanti biasa lah.. INGAT! kita nak jadi GO GIVER... so kita kena give give give...






Senang kan.. and lepas tu banyakkan sabar.. takpelah... kalau asyik kita give.. Allah tahu semua apa yang kita buat... ada balasan nya insyaALLAH... Lagi banyak kita beri, lagi banyaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk kita dapat, ni bukan sahaja dr segi duit ke apa eh... Suami baik pun rezeki khen......... And aku tak cakap Wan perfect.. jangan salah faham... Tapi kita sentiasa berusaha untuk menjadi baik... yang penting usaha ada... ok korang.. jom be a GO GIVER... Thanks Prof Dr. Muhaya... Very Inspiring... kbai..


Friday, October 21, 2016

Resipi Sendu



SALAM


Ni masa weekend haritu masak. Kemain buat entry masakkan mcm teror je. Aku kalau masak main campak2 je apa dalam fridge tu.. Lantakkkk


Masa ni tetbe aku teringin nk makan sambal hijau, tanpa tgk resipi, main sukati je buat ahahhahah


 Tumis bawang



Lada hijau aku tumbuk




 masukkan cili dengan bawang tu tadi...



 
 Ni rupa dia... aku goreng garing2.. 


Rupanya mcm tak cukup betul resipi nya. HAHHAHAH Adik aku tanya nape takde cili padi.. Ni aku guna bilis je.. aku tumbuk gak bilis tu... Rasa dia, oklah... makan dengan ikan goreng panas2 sedap gak.... Eh puji masakkan sendu sendiri ekkkkk


Then masak sup fishball....
 

 Goreng bawang.. bawang putih aku ketuk je....



 Masukkan air... biar mendidih... masukkan fishball....



 Letak daun sup dengan bawang goreng... garam...


SIAP!


 Ikan bawal garing



Sambal udang


Resipi takyah lah dah pernah tulis... kikiki


Kbai...



#PregnancyJourneyUpdate - Kos Rawatan (First Visit)



SALAM


Haiya haiya... boleh pulak hari tu up entry PCOS tapi tak serta kan kos. So kalau aku bgtahu ni, korang boleh anggar lah kan berapa nak kena ready.. Kang tetbe tak cukup kang payah pulak...



Di sini aku sertakan resit, so korang boleh tengok details dia.... Aku tak tahu tempat lain, tapi aku dengar UKMSC ni antara tempat yang harga paling affordable kalau nak bandingkan dengan private clinic yang lain....


Jangan salah faham ya, UKMSC ni bukan hospital punya ya, dia mcm entiti lain.. swasta tapi affordable... gituuuuu (ingat ya adik adik kena bijak manage duit) HAHHAHAHAHA. Tapi doctor semua lelaki, tak silap aku, if korang prefer doctor perempuan, boleh pergi KL Fertility, dengan Dr. Natasha Ain... 





Total hari tu, RM 392.40 :))


So nanti, next rawatan aku akan update lagi ya? Be strong. Kbai.



#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...